Tipulah apabila ada yang kata tak teruja ketika dengar SKECHERS keluarkan koleksi yang terbaru.
Kali ini kamu boleh mencuci mata dan beli barangan dari dua koleksi yang paling baru ini iaitu koleksi GOODYEAR dan juga JGOLDCROWN.
Nak tahu apa yang menarik dalam koleksi ini? Jangan lupa untuk scroll sampai habis okay.
KOLEKSI SKECHERS X GOODYEAR
Kolaborasi di antara SKECHERS dan syarikat The Goodyear Tire & Rubber, koleksi kali ini telah menampilkan beberapa pilihan gaya yang menarik bagi lelaki dan wanita.
Keseluruhan koleksi ini direka dengan ciri ketahanan jangka masa yang panjang dan kamu boleh tampilkan ciri daya tarikannya tanpa mengira keadaan.
Selain itu kamu boleh mendapatkan koleksi ini dalam gaya bertali ataupun slip-on. Malah koleksi menjadi pilihan orang ramai kerana ianya mudah dijaga dan dicuci menggunakan mesin.
Pada masa yang sama, SKECHERS juga menghasilkan kembali SKECHERS D’Lites 4.0 yang menampilkan chunky sneakers yang berikan daya tarikan dan reka bentuk berbeza dan menarik untuk orang ramai.
KASUT LELAKI
-
Elite Flex Prime [RM 379]
-
Elite Flex Prime – Take Over [RM 379]
-
Global Jogger [RM 399]
-
D’Lites 4.0 [RM 399]
KASUT WANITA
-
Ultra Flex Prime – Wondrous Gain [RM 379]
-
Ultra Flex Prime – Step Out [RM 379]
-
Global Jogger [RM 399]
-
D’Lites 4.0 [RM 399]
KOLEKSI SKECHERS X JGOLDCROWN
Menampilkan hasil kolaborasi dengan muralis James Goldcrown, koleksi ini terdiri daripada rangkaian kasut dan pakaian wanita yang berwarna-warni yang mengandungi lukisan mural yang ikonik!
Untuk pengetahuan kamu, koleksi ini merangkumi gaya kasut ikonik seperti SKECHERS Uno, SKECHERS Roadies 90-an dan BOBS. Selain itu, kamu boleh dapatkan beberapa rangkaian pakaian seperti pullover, T-shirt, seluar dan baju knit .
KASUT
-
UNO – Spread The Love [RM 399]
-
D’Lites [RM 399]
-
Roadies – Hashtag Love [RM 299]
-
BOBS Beach Bingo – Love Truly [RM 299]
-
Poppy – Heart In Love [RM 299]
-
BOBS Pop Ups 2 – Love & Summer [RM 179]
-
Foamies [RM 179]
PAKAIAN
-
Knit T-shirt [RM 179]
-
Knit T-shirt [RM 159]
-
Knit Pullover [RM 259]
-
Knit Pants [RM 239]
Dapatkan hadiah percuma!
Untuk pembelian minima RM300 (mesti merangkumi sekurang-kurangnya 1 item dari koleksi kasut atau pakaian SKECHERS X JGOLDCROWN) dalam satu resit, kamu berpeluang untuk mendapatkan satu set face mask sebanyak 3 keping secara percuma iaitu face mask SKECHERS X JGOLDCROWN.
Hadiah percuma ini boleh didapati di kedai atau secara dalam talian, sementara stok masih ada.
Bagi kedua-dua koleksi ini, kamu boleh dapatkannya di kedai SKECHERS yang terpilih atau dapatkan menerusi laman web rasmi SKECHERS, Shopee dan Lazada.
Happy shopping!