Berbanding dengan orang dewasa, bayi atau kanak-kanak mempunyai kulit yang lebih sensitif.
Daripada makanan, pakaian sehinggalah produk penjagaan badan seperti sabun perlu diperhatikan dengan teliti supaya ianya sesuai dengan mereka.
Yang merunsingkan ibu pada masa kini adalah cara untuk memilih sabun yang terbaik untuk bayi mereka. Bukan apa kalau tersilap pakai, boleh ‘merana’ bayi kamu.
Nak tahu sabun apa yang sesuai untuk bayi di pasaran? Lihat senarai ini dan yang penting ianya sesuai juga untuk bayi kulit sensitif dan eczema.
Tips Untuk Para Ibu: Pilih Sabun Yang Betul
Bagi golongan ibu tak kiralah baru mahu menjadi atau pun sudah, ada beberapa tips yang Wanista ingin kongsikan ketika memilih sabun untuk bayi kamu.
#1 Tahu Jenis Kulit Bayi
Sebelum membeli sabun mandian untuk bayi, penting untuk kamu tahu terlebih dahulu apakah jenis kulit bayi kamu. Adakah dia berkulit sensitif, eczema, kering atau normal?
Jika bayi kamu mempunyai kulit yang sensitif, kering atau eczema, penting untuk kamu menggunakan sabun hypoallergenic.
#2 Pilih Sabun Yang Lembut
Untuk pengetahuan para ibu, nak pilih sabun bayi pastikan kamu memilih sabun yang tidak bertoksik, lembut dan bebas dari sebarang bahan kimia yang berbahaya.
Jika menggunakan sabun yang mempunyai bahan yang ‘kuat’, ia boleh merosakkan kulit bayi dan boleh mengakibatkan bayi mendapat ruam atau beberapa reaksi alergi yang lain.
#3 Selidik Dahulu Kandungan Sabun
Penting untuk kamu tahu dan selidik kandungan sabun sebelum menggunakannya pada bayi kamu. Ini kerana kamu boleh mengelakkan sebarang reaksi alergi yang boleh berlaku.
Bagi ibu yang tak tahu bahan apakah yang ‘berbahaya’, cuba elakkan sabun yang mengandungi bahan alkohol, propylene dan beberapa bahan kimia yang lain.
Nak lagi bagus, gunakan sabun yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti almond, susu, madu dan minyak zaitun.
#4 Elakkan Sabun Yang Ada Wangian
Memang best kalau gunakan sabun yang ada wangian. Boleh buatkan kita menjadi geram dan mahu mencium saja bayi yang wangi. Tetapi ibu-ibu perlu tahu, sabun yang ada wangian ada kesan buruknya.
Kalau kamu nak tahu, sabun yang mengandungi wangian boleh menyebabkan reaksi pada kulit bayi seperti kemerahan, kegatalan dan tidak selesa kerana ia mempunyai bahan kimia yang kasar dan bahaya.
5 Jenis Sabun Yang Disyorkan Dan Sesuai Untuk Bayi
-
Johnson’s Baby Bath Top To Toe [BELI]
Sesuai untuk bayi kerana sabun ini mengandungi bahan yang lembut, bebas paraben dan tidak memedihkan mata.
-
Drypers Baby Head To Toe [BELI]
Mengandungi wangian mesra bayi, sabun ini sesuai juga digunakan pada bayi yang baru lahir. Ia juga berfungsi sebagai perapi rambut bayi dan diformulasi supaya tidak pedih mata.
-
Chicco Baby Moments No-Tears Set [BELI]
Bagus untuk digunakan bayi yang mempunyai kulit sensitif, set sabun ini tidak mengandugi SLS, SLES, paraben, pewarna tiruan dan alkohol.
-
Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash [BELI]
Mengekalkan kelembapan dan menjaga kulit bayi, sabun mandian ini mempunyai kandungan pH yang seimbang dan bebas daripada bahan yang berbahaya.
-
Sebamed Baby Liquid Cleanser [BELI]
Ideal untuk kulit bayi, sabun ini dapat membersihkan kulit bayi secara lembut dan tidak memedihkan mata. Malah sabun ini juga mengandungi pH 5.5 iaitu sesuai untuk kegunaan bayi.
Jadi tunggu apa lagi? Para ibu nak beli sabun lepas ini, cuba beli sabun mandian yang disyorkan oleh Wanista di atas.
Ingat kulit bayi bukan seperti orang dewasa kerana kulit mereka lebih sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti. Selamat beramal!