Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Kerap Tengok Gajet, Pakar Ajar Senaman Khusus Untuk ‘Baiki’ Mata

by Soph.Azz
May 11, 2021
Foto - HYLO EYE CARE

Foto - HYLO EYE CARE

30
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Selain badan, mata pun perlukan senaman untuk sihat dan kuat.

Tambahan pula sekarang kita lebih terdedah dengan skrin gajet tak kiralah semasa buat kerja ataupun tidak. Bukan apa, skrin gajet ini berupaya berikan kesan kepada fungsi mata itu sendiri.

Jadi macam mana nak lakukan senaman mata? Kalau kamu nak tahu, baca perkongsian pakar mata di bawah.

5 Jenis Senaman Mata 

Menurut Pakar Oftamologi (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia), Dr. Maimunah mengatakan ramai orang tidak menghiraukan mengenai senaman mata ini.

Foto – Orissa Post

Tak kiralah sama ada orang dewasa atau kanak-kanak, senaman mata ini sangat berguna dan perlu dilakukan secara berkala.

Untuk pengetahuan kamu, senaman ini boleh bantu kuatkan otot mata, sekaligus dapat meningkatkan daya fokus dan penglihatan seseorang.

  • Senaman 1: Kerdipan Mata 

Senaman kerdipan mata ini bertujuan untuk mengurangkan keletihan mata. Nak lakukannya kamu perlu menutup mata selama 3 saat hingga 4 saat.

GIF – Tumblr

Kemudian, buka semula mata selama 3 saat sehingga 4 saat. Ulang langkah ini berulang kali sebanyak 7 kali sehingga 8.

  • Senaman 2: Teknik Angka Lapan 

Pandang ke hadapan dan cuba bayangkan nombor 8 berada pada jarak 3 meter. Secara perlahan-lahan cuba lakarkan semula angka lapan dengan gerakkan mata kamu.

GIF – Pinterest

Lakukan senaman ini dalam satu arah selama 3 minit sehingga 5 minit. Kemudian, tukar arah bertentangan untuk lakarkan semula angka lapan.

IKLAN

  • Senaman 3: Teknik Palming 

Untuk lakukan senaman ini, pastikan kamu duduk dengan selesa dengan meletakkan siku di atas meja. Kemudian tengah tapak tangan kamu perlu tutup kedua-dua belah mata dengan selesa.

Foto – The Foundation for Living Medicine

Pastikan kamu boleh mengerdipkan mata tanpa halangan ketika tengah tapak tangan tutup mata. Biarkan keadaan ini selamat 3 minit sehingga 5 minit.

  • Senaman 4: Penumpuan Dekat Dan Jauh 

Bagi melakukan senaman ini, kamu perlukan satu objek (tak kisah objek apa pun). Kemudian, pegang objek tersebut pada jarak 10 cm dari kamu. Pandang objek tersebut selama 2 saat sehingga 3 saat.

Foto – Pinterest / Dreamstime

Selepas itu, letakkan objek pada jarak 16 cm lagi dari kamu. Pandang objek tersebut selama 2 saat sehingga 3 saat. Ulang kedua-dua pergerakan ini sekurang-kurangnya 10 kali.

  • Senaman 5: Teknik Zooming 

Untuk senaman kelima ini, kamu hanya perlu regangkan tangan sejauh mungkin dan buat isyarat tangan tanda bagus (genggam kesemua jari dan keluarkan ibu jari).

Foto – Iris

Kemudian berikan tumpuan sepenuhnya pada ibu jari yang dikeluarkan. Bawa ibu jari secara perlahan-lahan ke mata. Selepas itu gerakkan ibu jari perlahan-lahan jauh dari mata dan regangkan ke sisi. Ulang perbuatan ini beberapa kali.

Hanya 5 jenis senaman sahaja untuk dapatkan mata yang sihat, memang mudah sangat senaman yang dikongsi oleh pakar oftamologi ini.

Sambil-sambil berada di hadapan skrin komputer mahupun televisyen, kamu boleh lakukannya. Ataupun sebelum tidur kamu amalkan senaman ini. Selamat beramal!

RUJUKAN

Tags: dr maimunah pakar oftamologi usimmatamata rabunpakar oftamologi usimSenaman Mata
Share12SendShare

Artikel Berkaitan

Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

by Soph.Azz
January 4, 2022
0

Ada pakai panty liner? Pakai setiap hari tak? Kalau masih pakai panty liner dan pakai setiap hari, lebih baik hentikannya...

Baca Lagi
Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

by Lisa AG
January 4, 2022
0

"Kenapa saya minum suplemen Berocca, air kencing jadi kuning?" Jika air kencing kamu bertukar menjadi kuning terang beberapa jam selepas...

Baca Lagi
“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

by Soph.Azz
January 3, 2022
0

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan...

Baca Lagi
Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

by Lisa AG
January 3, 2022
0

Mesti kamu pernah nampak ada orang amalkan minum susu sebelum tidur. Bukan kanak-kanak sahaja, yang dewasa pun mengamalkan cara ini....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.