Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Jangan Buat 4 Perkara Ini Ketika Gaduh, Wanita Perlu Take Note!

by Soph.Azz
May 11, 2021
Foto - eÇift (Blog)

Foto - eÇift (Blog)

58
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tiada pasangan yang tak pernah bergaduh atau alami salah faham walaupun sekali.

Keadaan ini sebenarnya normal dan sihat untuk setiap pasangan. Orang tua kata gaduh tandanya sayang, betul tak?

Sebelum itu, ada beberapa ‘pantang larang’ yang perlu kamu tahu. Bukan apa, beberapa perkara ini memang wajib dielakkan supaya kamu tidak menyesal pada kemudian hari.

Khususnya wanita jangan sesekali lakukan empat perkara ini.

#1 Jangan libatkan ibu bapa dalam pergaduhan

Ketika bergaduh dengan pasangan, kamu sama sekali tidak boleh melibatkan ibu bapa pasangan dalam pergaduhan. Ini kerana kamu bergaduh dengan pasangan dan bukannya ibu bapanya.

Apabila melibatkan ibu bapa pasangan, ia seolah-olah kamu memijak maruah mereka dan pasangan. Secara tidak langsung ia boleh memburukkan lagi keadaan hubungan kamu.

Foto – Your Wedding Guide

“Menyesal sangat terima pinangan ibu awak dulu”, “Mak dan anak sama saja perangai”, “Kalau tahu awak perangai macam ini, memang saya halang keluarga terima pinangan ibu awak”

Kalau boleh elakkan daripada mengatakan kata-kata ini semasa bergaduh.

Sekiranya tercakap, pasangan akan rasa dirinya dihina dan boleh menjadi berang kerana melibatkan ibu bapaya. Tidak mustahil beberapa perkara buruk seperti perceraian atau keganasan rumah tangga boleh berlaku selepas itu.

#2 Jangan gaduh terlalu lama 

Kalau boleh ketika bergaduh, kamu dan pasangan tidak perlu panjangkan tempoh pergaduhan tersebut. Nak bergaduh boleh tetapi cepat selesaikannya.

Foto – Pinterest

Tak kira lelaki atau perempuan sebaik sahaja habis bergaduh, pujuk pasangan kamu dengan kata-kata yang baik dan cari jalan untuk berdamai. Untuk pengetahuan kamu, memanjangkan pergaduhan ini sebenarnya tidak memberi apa-apa manfaat.

Sebaliknya jika kamu selesaikan pergaduhan atau salah faham dengan segera ia dapat membaiki hubungan. Walaupun pergaduhan perlu dalam hubungan tetapi jangan kerap lakukannya kerana ia boleh membuatkan pasangan menjadi tawar hati.

IKLAN

#3 Elak daripada lakukan rawatan senyap 

Ramai yang gemar lakukan perkara ini selepas pergaduhan iaitu rawatan senyap (silent treatment) pada pasangan.

Wanista faham ramai yang perlukan masa untuk bersendirian dan menenangkan diri sebaik sahaja habis bergaduh.Tetapi jangan lupa untuk beritahu si dia apabila kamu sudah okay.

Foto – CBN.com

Kebanyakan individu tidak akan beritahu atau bertegur dengan pasangan dan cenderung lakukan rawatan senyap. Kalau kamu nak tahu, ia akan menimbulkan lagi kemarahan dalam diri pasangan.

Rawatan senyap ini adalah salah satu bentuk penyalahgunaan emosi yang boleh buatkan kamu menjadi tidak hormat, merendahkan dan memanipulasi pasangan.

#4 Jangan bergaduh di media sosial 

Nak bergaduh boleh tetapi jangan sesekali kamu bergaduh di media sosial. Penting untuk kamu tahu, bergaduh dengan pasangan perlu diselesaikan di antara kamu dan tidak perlu diberitahu pada orang lain.

Apabila berkongsi atau bergaduh dengan pasangan di media sosial, ia boleh membuatkan pasangan hilang kepercayaan dan hormat pada kamu.

Foto – Healthy State

Pada masa yang sama, pengguna media sosial yang lain boleh menghakimi atau menggunakan pergaduhan tersebut untuk tujuan menghina atau memalukan kamu dan pasangan.

Jika kamu perlukan seseorang untuk bercakap atau meminta nasihat, cari orang yang dipercayai seperti ahli keluarga atau rakan baik. Ingat jangan sesekali muat naik pergaduhan di media sosial, kamu akan menyesal di kemudian hari.

Tak kiralah sama ada lelaki mahupun wanita, nak bergaduh ada caranya. Yang terbaik bergaduhlah secara matang supaya kamu tidak melakukan keputusan yang terburu-buru dan dapat menyelamatkan hubungan.

Apa-apa pun jangan bergaduh sehingga menyebabkan kecederaan. Gaduh-gaduh manja sudah memadai.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: elak perkara ketika bergaduhgaduh secara matangPergaduhantips bergaduh
Share23SendShare

Artikel Berkaitan

“Meluat Gila!”- Senarai Perangai Lelaki Yang Wanita Paling Tak Suka
Cinta & Perhubungan

“Meluat Gila!”- Senarai Perangai Lelaki Yang Wanita Paling Tak Suka

by Soph.Azz
January 5, 2022
0

Kaum Hawa memang nampak mudah untuk bergaul dan sukakan seseorang. Tetapi percaya tak kalau Wanista kata kaum Hawa sebenarnya sangat...

Baca Lagi
“Akhirnya, Lengkap Tulang Rusuk Kiri”- Rupanya Begini Kisah Cinta Datin Sri Heliza Helmi & Suami
Cinta & Perhubungan

“Akhirnya, Lengkap Tulang Rusuk Kiri”- Rupanya Begini Kisah Cinta Datin Sri Heliza Helmi & Suami

by Soph.Azz
January 4, 2022
0

Baraka Allahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fi khayr. Dalam diam penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi telah...

Baca Lagi
“From This, To This”- Tak Kisah Beza 11 Tahun, Pemuda Merisik & Jadikan Cikgu Sendiri Sebagai Isteri
Cinta & Perhubungan

“From This, To This”- Tak Kisah Beza 11 Tahun, Pemuda Merisik & Jadikan Cikgu Sendiri Sebagai Isteri

by Soph.Azz
January 4, 2022
0

"Cikgu kata jangan couple, bukan couple dengan cikgu. Hahahaha" - netizen. Siapa sangka hubungan yang dahulunya bermula sebagai seorang pelajar...

Baca Lagi
Jarang Pamer Kemesraan, Netizen Puji Foto Kate Middleton & Putera William Ini. Romantik Tau!
Cinta & Perhubungan

Jarang Pamer Kemesraan, Netizen Puji Foto Kate Middleton & Putera William Ini. Romantik Tau!

by IamLisa
January 3, 2022
0

Nampaknya tahun baru ini pasangan diraja Britain, Kate Middleton dan Putera William mencuri perhatian warga net. Apa tidaknya pasangan ini...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Suami Lemah Tenaga Batin, Ini Ubat Kuat Doktor Saran Boleh Guna

  2. 2

    [FOTO] Fesyen Hijau Marion Caunter, Mana Satu Paling Tarik Perhatian?

  3. 3

    Kasih Iris Leona, Fesyen Anak Azhar Sulaiman Ini Jadi Pilihan GenZ

  4. 4

    Hati-Hati Nak Ambil Pil Jerawat Accutane, 8 Kesan Sampingan Kena Tahu

  5. 5

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.