Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Kenapa Permainan LEGO Selalu Mahal Dan Jarang Turun Harga?

by Mas Idayu
May 7, 2021
Foto - Facebook LEGO

Foto - Facebook LEGO

53
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sebut saja permainan lego dari jenama LEGO pasti terbayang pelbagai aneka jenis bentuk lego yang menjadi rebutan ramai, tambahan lagi setiap produk mainan lego yang dikeluarkan pastinya laku keras dan mendapat permintaan ramai meskipun harga mampu membuatkan duit poket kering.

Tapi apa yang membuatkan semua permainan LEGO ini sangat mahal harganya, apatah lagi permainan lego ini jarang nak dapat harga yang murah melainkan masa promosi atau diskaun.

Kualiti Dan Keselamatan

Foto – Facebook LEGO

Setiap bata lego yang dihasilkan mempunyai nombor siri di dalamnya, dan lego yang dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi dan plastik yang tahan lasak hingga boleh menampung berat individu yang memijak lego tersebut.

Bukan itu saja, lego ini juga telah menjalani ujian dan pemeriksaan keselamatan ke atas bahan yang digunakan dan lego yang dihasilkan adalah bebas toksin, tidak mudah pecah atau retak.

Hak Cipta Dan Perlesenan

LEGO sangat menjaga hak ciptanya dan kandungan yang dihasilkan semuanya telah didaftarkan di bawah hak cipta LEGO dan perlesanan ini bukan murah.

Apatah lagi LEGO juga perlu membayar sejumlah wang kepada Marvel dan Star Wars, kerana menggunakan karakter dan tema bagi menghasilkan permainan lego.

Pengiklanan Dan Penjenamaan

LEGO kini merupakan nama besar dalam dunia permainan kanak-kanak dengan paparan iklan yang sentiasa menghiasi kaca televisyen dan ditambah pula dengan kemunculan filem berasaskan dari karakter original LEGO itu sendiri membuatkan jenama LEGO terkenal diseantero dunia.

LEGO membayar jumlah yang besar bagi mengekalkan jenamanya sentiasa terpapar di tempat awam, dan gaya pemasaran seperti ini menelan belanja yang cukup besar.

IKLAN

Walaupun begitu, LEGO memandang berat terhadap imej dan reputasi yang baik di khalayak umum dan sanggup mengeluarkan bajet untuk pengiklanan bagi menaikan jenama di mata dunia.

Kajian Dan Penghasilan

Foto – Instagram LEGO

Setiap bata lego yang dihasilkan bermula dari hasil penyelidikan dan kajian yang dijalankan oleh pakar, dan ianya bukanlah satu perjalanan yang mudah untuk menghasilkan lego berkualiti, tahan lasak dan bebas toksin.

Bukan itu saja, staf yang terlibat dalam penghasilan lego ini perlu sentiasa menghasilkan set lego yang kreartif dan menarik untuk memberi kepuasan buat si cilik dan juga pengumpul tegar LEGO.

Dan semua ini memerlukan wang serta dana untuk meneruskan kajian bagi menghasilkan mainan lego yang selamat dan mencapai piawaian yang telah ditetapkan.

Nilai Jual Beli Pengumpul Tegar

Foto – Facebook LEGO

Antara salah satu sebab mengapa LEGO menetapkan harga mainan yang tinggi adalah setiap set yang dikeluarkan mempunyai peminat dan pengumpul yang tersendiri, meski harga mahal tetapi peminat LEGO sanggup mengeluarkan wang demi memiliki koleksi yang mereka idamkan.

Tambahan lagi, jika set yang dikeluarkan itu terhad lagi ramai pengumpul LEGO tegar sanggup mengeluarkan wang untuk miliki set edisi terhad tersebut dan bagi pelaburan jangka masa panjang pemilik set lego tersebut boleh menjual semula dengan harga yang lebih tinggi.

Justeru itu, ramai pengumpul LEGO tegar tidak keberatan untuk membelinya meski harganya agak mahal berbanding mainan yang lain.

Rujukan: 1, 2,

Tags: dunia legolegolego mahalnilai legopengumpul tegar
Share21SendShare

Artikel Berkaitan

Usahawan Dato Sri Mahadi Kongsi Doa Mustajab Kalau Terjaga Antara Jam 3 Ke 4 Pagi
Info Menarik

Usahawan Dato Sri Mahadi Kongsi Doa Mustajab Kalau Terjaga Antara Jam 3 Ke 4 Pagi

January 5, 2022
4 Sebab Kenapa Masalah Buli Dalam Asrama Tak Pernah Nak Hilang
Info Menarik

4 Sebab Kenapa Masalah Buli Dalam Asrama Tak Pernah Nak Hilang

January 3, 2022
“Kena Hanyut Pun Tak Rosak”- Tupperware Jenama Kalis Banjir, Netizen Kongsi Isi Dalam Bekas Masih Elok!
Info Menarik

“Kena Hanyut Pun Tak Rosak”- Tupperware Jenama Kalis Banjir, Netizen Kongsi Isi Dalam Bekas Masih Elok!

December 29, 2021
“Musnah & Hancur Akibat Banjir” – Ini Cara Melupuskan Al-Quran Dengan Betul
Info Menarik

“Musnah & Hancur Akibat Banjir” – Ini Cara Melupuskan Al-Quran Dengan Betul

December 23, 2021

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.