“Oh my God! Seluruh wajah jadi merah, memang menjadi ke trik ini?”
Kali ini Wanista nak kongsikan dengan kamu tentang satu trik yang semakin popular dan trending di TikTok iaitu #BlushTrend.
Kalau sebelum ini kita hanya tahu trik mencalit lipstick di tulang pipi sahaja. Tapi menerusi trend ini kamu akan pelajari satu trik baru yang menggunakan lipstick di seluruh wajah.
Nak tahu bagaimana caranya dan adakah ia berkesan, lihat perkongsian di bawah.
Makin Popular Pula Trik Ini
Melalui perkongsian video @lenkalul, trik ini memang praktikal dan sesuai untuk mereka yang mahukan glow rosy look dengan cepat.
Dalam video tersebut, @lenkalul terus menyapu lipstick berwarna merah di bahagian pipi, hidung dan dahi dan hasilnya seolah-olah terkena sunburn.
@lenkalul video ib: @sellmakasumoviq @hxlindx looked better than i expected haha #makeup #makeupvideos #makeuphacks #fyp
Video @lenkalul yang mendapat like sebanyak 855.5K, trend ini mula dicuba oleh pengguna lain dan ramai yang mengongsikan feedbacks serta hasilnya dengan menggunakan tag #BlushTrend.
@victorialyn Woah! What do you think of this trend 💄👀 #makeup #makeuptutorial #blushtrend #blushhack
@samperakslis #stitch with @lenkalul uhhh not too bad not too bad 🥰 #viralblush #blushhack #foundationchallenge #blushtrend #makeupchallenge #fyp #foryou
https://www.tiktok.com/@selmacicekdall/video/6942862456591027457?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893908700412200449
@tyleebeauty #stitch with @lenkalul kinda shocked how well this actually turned out ngl #viralblush #stitch #blush #coco #blushtrend
Nak Cuba Trend Ini, Hanya Perlu 6 Langkah Sahaja
Bagi yang mahu mencubanya kamu hanya perlukan lipstick, serbuk contour, highlighter liquid dan foundation.
Cara lakukannya:
- Calit lipstick berwarna merah di atas tulang pipi, dahi dan hidung dalam kuantiti yang sesuai.
- Blend calitan tersebut menggunakan berus.
- Kemudian, contour bahagian hidung menggunakan serbuk shade coklat.
- Letakkan highlighter liquid di atas hidung dan di bawah mata.
- Seterusnya, sapu foundation di seluruh wajah.
- Dan kemudian, blend kesemuanya sehingga ‘sekata’.
Lihat Apa Pengguna Lain Kongsi Mengenai Trik Ini
Memang kreatif dan di luar jangkaan orang ramai, malah ada beberapa pengguna berkongsi feedbacks yang positif mengenainya.
“Saya sudah mencuba trik ini dan sangat sukakan hasilnya.”
Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja trik dan trend terbaru serta pelik di media sosial. Apa-apa pun sebelum mencubanya, kamu perlu lihat terlebih dahulu sama ada ianya sesuai atau tidak untuk kulit kamu.
Bagi mereka yang mahu mencuba trik ini, apa kata kamu kongsikan hasilnya dengan Wanista. Selamat mencuba!