Baru-baru ini tular mengenai ‘Cancel Culture’ di sosial media, yang mana ia menjadi bualan panas dalam dunia politik dan industri hiburan dunia khususnya.
Walaupun budaya ini hangat diperkatakan sejak dari tahun lepas lagi, tapi bukan semua orang mengetahui makna sebenar ‘Cancel Culture’ ini dan hanya mengikuti arus pandangan sosial di alam maya semata.
Apa Itu Cancel Culture
- Foto – Time Magazine
‘Cancel Cuture’ ini merupakan alat bagi komuniti umum menyuarakan pandangan mereka bagi figura awam yang melakukan kesalahan dengan menggunakan kuasa dan status yang dimiliki.
Hal ini boleh di lihat menerusi contoh dalam dunia hiburan dan politik bila mana golongan ini menggunakan pangkat dan status yang ada untuk membuli dan menindas orang lain, dan masyarakat dunia akan melakukan pergerakan ‘Cancel Culture’ terhadap pembuli bagi membela mangsa.
Cancel Culture Jadi Toksin
- Foto – The New York Times
Tetapi kini budaya ini telah disalah gunakan masyarakat boleh sewenang-wenangnya ‘memaksa’ mana-mana individu yang di tuduh melakukan kesalahan menerima tekanan sosial di alam maya, dan ia menjadi lebih rumit bila mana ada ‘tangan gelap’ yang cuba memanipulasi pandangan umum secara halus di sosial media.
Budaya ini tidak boleh dipandang sebagai hak kebebasan bersuara bila mana gerakan ‘Cancel Culture’ yang dikenakan ke atas mana-mana individu bukan berasaskan bahan bukti sebaliknya tuduhan dan perdebatan panas di media sosial semata.
Dan ini membuatkan budaya yang sepatutnya membela keadilan menjadi toksin setelah dimanipulasi oleh mereka yang menghiraukan tentang isu benar dan salah seseorang itu.
Menjejaskan Reputasi Dan Kerjaya Seseorang
- Foto – MYC
Selain itu, masyarakat yang menggunakan gerakan ‘Cancel Culture’ ini berupaya menjejaskan reputasi dan kerjaya mana-mana individu dengan tekanan sosial yang diberikan oleh komuniti awam ini.
Hal ini banyak berlaku dalam golongan selebriti dan ahli politik yang mana mereka terpaksa mengaku bersalah terhadap hal yang tidak ada kena mengena dengan diri mereka, dan tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Pendek kata ‘Cancel Culture’ kini menjadi platform untuk water army dan anti peminat melakukan pembulian siber, untuk menjatuhkan dan memulaukan mana-mana artis dan ahli politik yang mereka tidak sukai.