Ketika datang haid, boleh dikatakan setiap wanita mengalami simptom yang sama iaitu mood swings, senggugut, kekejangan, sakit kepala dan muntah.
Selain itu, ada juga wanita yang alami simptom kentut yang berlebihan. Walaupun bukan semua wanita mengalaminya, tetapi adakah situasi ini normal?
Nak tahu lebih lanjut mengapa ada wanita yang kentut berlebihan ketika datang haid, baca kupasan di bawah.
Kenapa asyik kentut tak berhenti ketika datang haid?
Untuk pengetahuan kamu, simptom kentut berlebihan ketika datang haid adalah normal. Walaupun ramai yang berasa tak selesa dan malu, tetapi apakah penyebabnya?
Dipetik daripada Cleveland Clinic, setiap orang mengandungi gas dalam badan dan perlu membuangnya melalui proses sendawa ataupun kentut.
Dan ketika mengalami premestrual syndrome (PMS), kebanyakan wanita akan mengalami perut yang kembung dan tak selesa. Untuk hilangkan rasa perut kembung yang tak selesa, kamu akan mula kentut berlebihan.
Ini puncanya kenapa asyik kentut berlebihan
Selain itu ada beberapa perkara lain yang boleh mendorong kepada sebab kamu kentut berlebihan.
-
Masalah usus
Sekiranya sering kentut berlebihan ketika datang haid, kamu mungkin mengalami sindrom iritasi usus besar atau irritable bowel syndrome (IBS).
Situasi ini melibatkan usus besar di mana gejalanya adalah kekejangan, kembung, gas penuh di perut dan mengalami sembelit yang teruk.
Selain daripada kentut berlebihan, wanita yang mempunyai masalah usus juga boleh mengalami proses haid yang lebih perit daripada kebiasaannya.
-
Perubahan hormon
Setiap wanita akan mengalami perubahan hormon ketika datang haid seperti ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron boleh menyebabkan perut menjadi kembung.
Jika kamu mengalami perut yang kembung ketika datang haid, ia boleh terjadi disebabkan oleh badan menyimpan air yang banyak.
Pada masa yang sama, kadar estrogen dan progestron yang tinggi boleh menyebabkan penumpukan udara dan gas di dalam saluran usus.
-
Struktur anatomi badan
Kalau kamu nak tahu kekerapan kentut ketika haid boleh disebabkan oleh struktur anatomi badan.
Menurut pakar, apabila berlakunya kontraksi rahim ia boleh ‘menggerakkan’ usus di mana rahim berada di hadapan usus kecil dan besar. Kesannya, perut akan menjadi terlampau kembung.
Apabila perut menjadi kembung, kamu akan menyimpan lebih banyak gas berbanding kebiasaannya. Jadi sebab itulah kamu akan kentut berlebihan ketika datang haid.
Tetapi kalau kamu menahan daripada kentut, ia akan membuatkan perut menjadi sakit dan boleh menyebabkan demam.
Ada cara ke untuk tidak kentut berlebihan ketika datang haid?
Sebenarnya tak ada cara yang sesuai untuk mengelakkan kamu daripada kentut berlebihan ketika datang haid. Tetapi kamu boleh kurangkannya dengan beberapa cara ini:
- Minum air dengan banyak untuk melancarkan proses pencernaan.
- Elak minum susu atau minuman bersoda yang menyebabkan perut kamu menjadi kembung dan tak selesa.
- Elak makan pedas atau goreng yang boleh buatkan perut menjadi kembung.
- Kawal diri untuk tidak makan berlebihan.
- Ambil makanan yang mengandungi pribiotik seperti yogurt atau kimchi.
- Makan secara perlahan-lahan supaya makanan atau minuman tidak memasuki saluran udara.
Bagi wanita yang sering alami situasi kentut berlebihan, jangan risau kerana ianya normal untuk kamu mengalaminya.
Jika kamu mempunyai simptom haid yang teruk, dapatkan rawatan daripada doktor dengan segera. Apa-apa pun, jaga kesihatan dan pantau gaya hidup kamu.