Badan senang dimasuki angin dan acap kali terpaksa menahan rasa sengal, tidak selesa dan sakit seperti dicucuk pada badan, pasti sering tertanya-tanya mengapa masalah seperti ini selalu berlaku pada diri kamu bukan?
Masalah angin dalam badan boleh terjadi disebabkan beberapa faktor dan untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti perkongsian doktor Sandra Raman di akaun TikToknya di bawah.
@drsandramd Reply to @missrobabe angin dalam badan #doctortiktok #drsandramd #tiktokguru #healthcheck #gastritis #gerd
Angin Dalam Badan
- Foto – Eat This Not That
Ramai yang salah persepsi mengenai badan berangin, majoriti masyarakat di Malaysia menyangkakan angin masuk dari telapak kaki terus ke urat saraf sebab itu menyebabkan rasa sakit dan sengal-sengal.
Tapi sebenarnya konsep pemikiran seperti ini adalah salah, angin dalam badan berpunca dari dalam perut kita sendiri. Perut yang kembung menunjukan terdapat angin di dalamnya, lalu menyebabkan tubuh rasa tidak selesa dan sakit.
Punca Badan Berangin
- Foto – Lifealth
Mengapa masalah angin dalam badan ini boleh berlaku adalah disebabkan beberapa faktor yang berkaitan dengan tabiat diri sendiri yang mana kita sendiri tak sedar bahawa perbuatan seperti itu menyebabkan badan berangin.
- Suka makan makanan dan minuman yang boleh menyebabkan badan berangin seperti sayur ubi, kobis, kentang, dan air teh.
- Suka makan banyak dalam waktu yang singkat.
- Minum air laju atau gelojoh, dan tak sedar bahawa diri menelan udara kosong ke dalam perut.
Cara Atasi Masalah Badan Berangin
- Foto – Health Line
Jadi bagaimana cara nak tangani masalah badan berangin ini? Doktor Sandra ada beberapa cara yang cukup ringkas untuk mengatasi masalah angin dalam badan secara berkesan, berikut adalah cara-caranya:
- Jangan minum minuman bergas atau berangin seperti air teh.
- Makan makanan secara kerap dalam kuantiti yang kecil dan makan secara perlahan-lahan.
- Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan angin.
- Foto – Healthy Balance
Walau sesedap mana pun makanan dan minuman itu, kamu harus berwaspada kalau tidak badanlah yang akan merasa binasanya. Jadi kalau tak nak badan rasa sakit kerana angin dalam badan, elakkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas.
Selamat beramal!