Tak ada siapa pun yang tak mahu bercinta dengan K-Pop idol pilihan masing-masing, betul tak?
Tetapi dalam dunia realitinya, menjalinkan hubungan dengan idol bukanlah seperti apa yang dibayangkan oleh kebanyakan orang.
Nak tahu kenapa, baca kupasan yang dikongsi oleh seorang YouTuber, Jina Kim mengenai pengalamannya mempunyai hubungan dengan idol.
Hubungan mesti wajib dirahsiakan
“Walaupun best ada hubungan dengan idol kegemaran kamu, tetapi kamu terpaksa sorokkan kegembiraan itu dan tak boleh kongsi dengan orang lain demi kariernya.”
Mengikut undang-undang syarikat, sama ada trainee atau idol memang dilarang keras untuk mempunyai hubungan. Jika mereka berada dalamnya, mereka perlu rahsiakannya.
Jina Kim pula mendedahkan bahawa dia mengenali kekasihnya melalui dating apps apabila dia (idol) masih lagi menjadi trainee.
“Lepas tiga minggu kenal dia, saya memang gembira tahu siapa dirinya sebenar tetapi risau pada masa yang sama. Dengan kerjanya yang sibuk, kami hanya sempat berjumpa dan dating sebanyak 2 kali sebulan.”
Nak jumpa pun ada banyak alasan
Sama seperti pasangan lain yang bercinta dengan idol, Jina dan kekasihnya juga mengalami masalah. Jina menyedari bahawa kekasihnya tidak mengambil serius mengenai hubungan mereka.
“Dia beritahu sedang sibuk berlatih, tetapi memuat naik gambar keluar dengan rakan di Instagram.”
Jina menjadi marah dan bertanya sama ada boleh atau tidak dia datang ke asrama kekasihnya untuk berjumpa sekejap. Tetapi kekasihnya memberitahu untuk tidak datang kerana di sekelilingnya mungkin ada peminat dan paparazi.
Pada ketika ini, mereka hanya mampu untuk pesan makanan dan hantar ke motel untuk meluangkan masa bersama-sama. Selain itu, kekasihnya juga sering beri hadiah daripada peminat kepadanya.
“Kepada peminat K-Pop idol, jangan sesekali berikan mereka hadiah yang mahal kerana kebanyakannya diberikan kepada kekasih atau keluarga.”
Sentiasa dikelilingi dengan idol wanita yang cantik!
Memang tak dinafikan, ramai idol lelaki sering dikelilingi dengan idol wanita yang cantik. Melihatkan perkara ini, Jina mengaku dirinya sering berasa cemburu.
“Saya memang hilang keyakinan diri selepas melihat perkara itu. Sampaikan saya tak boleh lihat dia di televisyen atau mana-mana jika disekitarnya ada idol wanita yang cantik.”
Selain itu, Jina juga dedahkan bahawa kekasihnya sering memberitahu mengenai parti dan majlis yang dihadirinya mempunyai idol wanita yang cantik.
Jina juga beritahu dia sering berasa terluka dan sedih kerana dia hanyalah orang biasa yang tak setanding dengan idol wanita yang lain.
Syarikat akan kawal hubungan daripada A-Z
Boleh dikatakan 90% syarikat telah melarang dengan keras K-Pop idol dibawah mereka untuk mempunyai hubungan. Tak kiralah bagaimana idol rahsiakannya, tetapi syarikat akan ketahui dengan cepat.
“Satu hari, dia telefon saya memberitahu untuk putuskan hubungan kami. Dia beritahu hubungan ini terpaksa dihentikan kerana syarikatnya telah menggeledah telefonnya.”
Bagi Jina, dia sendiri tidak tahu sama ada ianya benar atau hanya alasan kekasihnya untuk putus dengannya.
Tetapi Jina dedahkan perkara itu masih lagi sukar untuk diterima dan move on kerana kekasihnya sering muncul di kaca televisyen dari semasa ke semasa.
Perkongsian yang dibuat oleh Jina membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenai identiti K-Pop idol tersebut.
Bagi peminat yang memasang angan-angan untuk mempunyai hubungan dengan K-Pop idol atau mana-mana idol, tanya diri sama ada kamu sudah bersedia atau belum?
Jika mahu buat keputusan ini, fikirkan beberapa kesannya dan adakah kamu mampu menerimanya secara mental dan fizikal.
Nak tengok lebih lanjut mengenai perkongsian oleh Jina Kim, klik link di bawah.
