Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

YouTuber Guna Ubat Gigi Besarkan Payudara, Apa Kesannya?

by Opie Azizlan
May 4, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

13
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau Google saja cara untuk besaran payudara, memang ada bermacam-macam trik dan petua dikongsi.

Daripada menggunakan minyak zaitun, vaseline, losyen, sabun sehinggalah supplement. Boleh dikatakan semuanya ‘membantu’ membesarkan payudara dalam saiz yang diingini.

Tapi yang menarik perhatian Wanista adalah trik menggunakan ubat gigi bagi membesarkan payudara. Menarik bukan?

Berkesan ke sapu ubat gigi dan campuran beberapa bahan ini?

“Kesan menggunakan ubat gigi untuk besarkan payudara boleh dilihat selepas 5 hari menggunakannya secara displin.”

Melalui perkongsian yang dibuat oleh seorang YouTuber, wanita ini telah mendedahkan payudaranya menjadi besar selepas menggunakan campuran ubat gigi dengan 3 bahan lain (putih telur, tepung dan timun).

Foto – Editorial Naturalbeauty556 (YouTube)

Fungsi menyapu bahan-bahan ini pada payudara secara berkala boleh mengurangkan kendur, menganjalkan dan menjadikannya semakin besar daripada kebiasannya.

Pada masa yang sama, wanita ini juga memberitahu bahawa ubat gigi boleh mengecilkan pori pada payudara dan membuatkannya menjadi lebih padat dan besar.

Jadi betullah ubat gigi boleh besarkan payudara?

Menurut pakar kesihatan wanita, Jennifer Wider mengatakan ubat gigi bukanlah bahan yang sesuai dan efektif untuk membesarkan payudara secara kekal.

“Kamu mungkin nampak kesannya sebaik sahaja menyapu ubat gigi pada payudara. Tetapi ianya akan hilang dan kembali normal selepas kamu membilas dengan air.”

Foto – Editorial Naturalbeauty556 (YouTube)

Tambahan pula wanita boleh alami beberapa kesan sampingan selepas menggunakan ubat gigi pada payudara. Dan ada juga yang tidak alaminya, terpulang kepada reaksi dan penerimaan badan terhadap ubat gigi.

Malah Jennifer turut menyarankan kepada wanita yang ingin besarkan payudara atau menganjalkannya, gunakan beberapa senaman yang sesuai dan pakai bra yang sesuai mengikut saiz.

Apa kesan sampingan guna ubat gigi pada payudara?

Bergantung kepada setiap individu, ada yang mengalami beberapa kesan sampingan dan ada yang tidak mengalaminya.

Jika tidak tahu sama ada kamu mengalaminya atau tidak, cuba perhatikan beberapa situasi ini.

  • Alami alergi yang teruk 

Tak semua yang mengalami reaksi alergi. Tetapi bagi yang mengalaminya, ia adalah disebabkan oleh beberapa bahan yang terdapat dalam ubat gigi tersebut.

Foto – Dreamstime

Apabila bahan-bahan itu tidak sesuai untuk digunakan di tempat lain selain gigi, kamu boleh mendapat beberapa gejala seperti bersin, kegatalan pada kawasan payudara atau menjadi ruam di sekitarnya.

  • Kulit menjadi terlalu kering 

Selain itu, ubat gigi juga boleh menyebabkan kulit di kawasan payudara menjadi terlalu kering.

Foto – Trotineta

Sekiranya kulit menjadi kering, ia boleh menyebabkan pembentukan jerawat, kemerahan dan kulit menjadi mengelupas.

  • Kulit mengalami iritasi yang melampau 

Kalau kamu nak tahu, ubat gigi direka khas dan hanya sesuai digunakan pada bahagian mulut sahaja.

Foto – Woman’s Day

Ini kerana kandungan pH dan bahan yang berbeza boleh membuatkan seseorang individu mengalami iritasi yang teruk, bergantung kepada tahap sensitiviti kulitnya.

Nak besarkan payudara, jangan sembarang ikut petua atau trik di media sosial. Pastikan kamu selidik dan cari tahu dulu sama ada trik tersebut boleh diikuti, selamat dan sesuai.

Jika tidak, abaikannya dan ikut cara yang betul dengan melakukan senaman dan ambil makanan yang boleh membantu merangsang pembentukan payudara.

Selamat beramal ♥

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: besarkan payudara guna ubat gigiboleh ke guna ubat gigi pada payudaracara besarkan payudaratrik besarkan payudara guna ubat gigiubat gigi boleh besarkan payudara
Share5SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Editorialist
Kecantikan

Pakai Lipstick Nude Macam Ini Agar Tak Nampak Pucat

by IamLisa
May 20, 2022
0

Siapa dekat sini sukakan gincu nude berbanding rona yang lain? Dalam melakukan aktiviti seharian, gincu bibir nude menjadi produk mekap yang...

Baca Lagi
Foto - meeth
Kecantikan

Eksklusif: meeth, Kosmetik Mewah Dari Jepun Dibuat Untuk Para Ibu

by IamLisa
May 20, 2022
0

Kamu sedang bekerja di rumah atau pejabat? Memandangkan kita beransur-ansur mula kembali ke tempat kerja, tetapi masih ada kaum ibu...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Kecantikan

Semangkuk Ais Jadi Rutin Kecantikan Bella Hadid, Apa Kebaikannya?

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

"Saya panggil teknik ini sebagai 'Ice Bath'"- supermodel Bella Hadid. Jika anda tertanya-tanya sama ada teknik ini berbaloi atau patut...

Baca Lagi
Foto - Healthline
Kecantikan

5 Skincare Berasaskan Teh Hijau, Bahan Superhero Untuk Jerawat Hingga Anti-Penuaan

by IamLisa
May 19, 2022
0

Teh hijau bukan sahaja selamat untuk minum setiap hari, tetapi juga selamat untuk menggunakannya dalam rutin penjagaan kulit harian. Dikenali...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.