Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan

Irwansyah Kongsi Isteri Asyik Minta Cerai Di Awal Perkahwinan

by Soph.Azz
May 4, 2021
Foto - Grid.ID

Foto - Grid.ID

29
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Masa awal-awal berkahwin dulu, hampir setiap hari dia ajak saya bercerai”, ujar Irwansyah.

Luarannya nampak bahagia, tetapi pasangan selebriti Indonesia ini juga tidak terlepas daripada masalah mereka sendiri.

Berkahwin selama 10 tahun, Irwansyah mendedahkan isterinya, Zaksia Sungkar kerap kali meminta untuk diceraikan pada awal perkahwinan mereka.

Nak tahu kenapa? Baca perkongsian di bawah.

Hampir setiap hari bergaduh 

Mendirikan rumah tangga pada awal tahun 2011, pasangan ini mengaku mereka sering menghadapi pelbagai cabaran. Salah satunya adalah isu perceraian.

“Saya rasa seperti ada sesuatu yang hilang dan tak cukup tapi tak tahu apa. Disebabkan hal itu, pada awal perkahwinan hampir setiap hari kami bergaduh”, ujar Zaskia.

Foto – Grid.ID

Pasangan ini juga mereka sering bergaduh mengenai hal remeh temeh dan tidak penting. Malah mereka juga memerlukan masa selama 3 tahun untuk menyesuaikan diri dengan peranan masing-masing dalam perkahwinan ini.

Selain itu, Shireen Sungkar iaitu adik kepada Zaskia juga mengaku pergaduhan pasangan itu membuatkan dia menjadi trauma dan takut untuk mendirikan rumah tangga.

Perceraian menjadi isu utama 

“Ketika mahu sesuaikan diri itu memang susah. Sampaikan dia (Zaskia) telefon saya untuk suruh balik dengan cepat sebab nak bincang tentang perceraian”, ujar Irwansyah.

IKLAN

Melihatkan isu perceraian ini sering menjadi punca pergaduhan mereka, tetapi Irwansyah tidak mudah melatah kerana dia memahami isterinya itu.

Foto – LINE Today / ANTVKLIK

Baginya Zaskia masih muda dan sifat keanak-anakannya itu yang membuatkan dirinya berasa keliru dan terkejut untuk menjalani tugas sebagai seorang isteri.

Irwansyah juga mendedahkan hal ini terjadi kerana isterinya merasakan dia tidak sesuai untuknya sehinggakan mereka mengambil masa selama 3 tahun untuk menyesuaikan diri.

Berhijrah dan bersama-sama mencari Tuhan 

Apabila isu perceraian menjadi punca utama, isteri Irwansyah mula mengajaknya untuk mengerjakan umrah bersama-sama. Dan selepas pulang dari umrah, Zaskia mula memakai tudung sepenuh masa.

“Sebaik sahaja saya memakai tudung, saya serahkan semuanya pada Allah untuk kehidupan yang lebih baik. Sejak daripada itu kehidupan kami lebih bahagia dan baik”, kongsi Zaskia.

Foto – IDN Times / KapanLagi.com

Melihatkan penghijrahan tersebut, pasangan ini mula bersama-sama mempelajari ilmu agama Islam dengan lebih mendalam dan mengenali siapakah Tuhan mereka.

Irwansyah juga mengaku hubungan mereka menjadi lebih baik daripada sebelum ini dan mereka menikmati proses itu bersama-sama sehingga menjadikan mereka lebih matang dan sabar.

Hasil perkahwinan Irwansyah dan Zaskia, mereka dikurniakan seorang anak perempuan setelah 10 tahun berkahwinan.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: anak irwansyah dan zaskia sungkarirwansyah berceraiirwansyah dan zaskia sungkarzaskia sungkar berceraizaskia sungkar bergaduh
Share12SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan
Gosip Tempatan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

January 6, 2022
Lagi Banyak Review Negatif Dari Positif, Ini Yang Gong Yoo Respon Tentang “The Silent Sea”
Hiburan

Lagi Banyak Review Negatif Dari Positif, Ini Yang Gong Yoo Respon Tentang “The Silent Sea”

January 5, 2022
‘Mengidam’ Naik Motor Vespa, Raffi Ahmad Hadiahkan Isterinya Nagita Slavina Vespa Dior
Hiburan

‘Mengidam’ Naik Motor Vespa, Raffi Ahmad Hadiahkan Isterinya Nagita Slavina Vespa Dior

January 3, 2022
Seriuslah?! 6 Selebriti Dilaporkan Telah Disaman Oleh Peminat Sendiri
Hiburan

Seriuslah?! 6 Selebriti Dilaporkan Telah Disaman Oleh Peminat Sendiri

January 3, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.