Lagi pasal Neelofa dan pasangannya Haris, dan kali ini isu mengenai merentas negeri pula menjadi bualan panas netizen satu Malaysia.
Baru saja bayar kompaun dah ada isu baru, apatah lagi netizen sebulat suara menyatakan Neelofa dan suaminya seperti tidak serik dan tidak patuh pada undang-undang sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan di seluruh Malaysia.
Terjah Ke Nilai, Negeri Sembilan Untuk Membeli-Belah
- Foto – Twitter
Dipetik dari Sinar Harian, isu tersebarnya pasangan ini pergi ke Nilai adalah menerusi hantaran video yang dikongsikan sendiri oleh Neelofa di Instagram Story miliknya pada hari Ahad kelmarin.
Berdasarkan perkongsian itu dunia media sosial kecoh dengan isu kedua merpati sejoli ini sanggup merentas negeri untuk membeli-belah dan berdasarkan hantaran video di Instagram Story itu kedua-dua pasangan ini sedang membeli karpet.
Netizen Kecam Teruk
- Foto – Twitter
Berikut itu, netizen mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pasangan popular ini kerana sewenang-wenangnya melanggar undang-undang dan tidak mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan.
- Foto – Twitter
Netizen juga menyatakan kontroversi yang dilakukan oleh Neelofa bersama suaminya itu merupakan teknik pemasaran bagi produk usahawan itu sendiri.
Peguam Mahu Hukuman Penjara Dijatuhkan
Kes Neelofa dan Haris ini juga mendapat perhatian seorang aktivits dan peguam Asiah Abd. Jalil, menerusi posting di laman Facebooknya Asiah menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh kedua pasangan selebriti ini tidak lagi sesuai dengan hukuman bayaran kompuan sahaja.
Sebaliknya peguam ini mencadangkan agar mereka berdua menerima hukuman penjara kerana melanggar undang-undang.
Tambahan lagi, kontrovesi yang tersebar ini seperti teknik marketing usahawan berjaya itu dan hal ini dikuatkan dengan analisa Asiah nyatakan di laman Facebooknya.
Fazura Dan Fattah Amin Kena Tempias
- Foto – Twitter
Selain itu, isu panas ini juga menyebabkan nama pasangan popular Fazura dan Fattah Amin turut menerima tempiasnya. Setiap kali kontroversi berkait dengan Neelofa, netizen juga akan naikkan nama kedua pasangan pelakon ini di sosial media.
Tidak kiralah ianya gimik marketing atau tidak, kesalahan telah direkod dan pihak berkuasa sendiri akan tentukan hukuman bagi Neelofa dan suaminya Haris.