Wanita mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu diri sedang berbadan dua, apatah lagi benih cinta yang tumbuh dalam perut ini merupakan lambang ikatan hubungan bersama suami tercinta.
Dan adatlah apabila mengandung ini, banyak risiko yang harus sang ibu hadapi sepanjang mengandungkan zuriat tersayang selama sembilan bulan lebih.
Tapi tahu tak terdapat beberapa fasa yang boleh menyebabkan wanita mengandung mengalami risiko yang tinggi jika meneruskan juga kehamilannya, nak tahu kupasan selanjutnya jom lihat di bawah.
Hamil Pada Usia Bawah 20 Tahun
- Foto – Parents
Wanita yang hamil di bawah usia 20 tahun akan mengalami risiko komplikasi yang tinggi jika ingin teruskan juga kehamilan, dalam fasa ini sang ibu akan berdepan beberapa masalah seperti:
- Kelahiran pra matang
- Risiko tinggi bayi lahir dengan berat yang terlalu ringan (berat yang rendah tidak normal)
- Mengalami hyperension
- Mengalami preeclampsia (terjadi apabila terdapat tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing semasa mengandung)
- Tulang pelvis yang tidak matang dan menyebabkan berlaku kesukaran semasa proses melahirkan bayi
- Kekurangan nutrisi kerana tabiat makanan yang tidak betul hingga menyebabkan komplikasi pada ibu dan bayi
Hamil Pada Usia 35 Tahun Keatas
Wanita yang hamil pada usia ini juga tidak lari dari berdepan dengan risiko yang berbahaya, hamil dalam usia yang sedang meningkat akan membuatkan sang ibu mengalami masalah seperti ini:
- Masalah kromosom di mana bayi yang dilahirkan berkemungkinan menghidap sindrom down
- Berpotensi tinggi mengalami keguguran
- Berisiko menghadapi tekanan darah tinggi
- Berisiko mengalami gestational diabetes iaitu tekanan gula dalam darah sangat tinggi semasa kehamilan
- Berpotensi mengalami kelahiran bayi lebih dari satu seperti kembar dua atau tiga dengan berat yang sangat rendah dari biasa
- Berkemungkinan terpaksa menjalani proses kelahiran menerusi pembedahan cesarean
Wanita Yang Tidak Menjaga Berat Badan
- Foto – Dynamite News
Obesiti
Tahukah kamu jika wanita yang obesiti mempunyai risiko yang tinggi mempunyai masalah kehamilan, bayi yang dilahirkan berpotensi mengalami masalah jantung, berlaku cecair dalam kepala bayi hingga menjejaskan otak dan juga tekanan gula dalam darah yang terlalu tinggi.
- Foto – Pinterest
Berat Badan Rendah
Wanita yang beratnya kurang dari 100 pounds atau 45 kilogram, berpotensi untuk mengalami kelahiran bayi pra matang atau melahirkan bayi yang beratnya terlalu ringan dari biasa.
- Foto – Pinterest
Jika kamu berada dalam fasa-fasa seperti di atas dan ingin meneruskan kehamilan, maka kamu perlukan pelan untuk menjaga kandungan yang berkesan agar diri kamu dan bayi selamat tanpa sebarang komplikasi kelahiran.
Untuk itu, kamu perlukan nasihat dan saranan dari doktor dan perlu mengikuti pelan penjagaan kehamilan dengan tertib sepanjang tempoh kehamilan.