Dari dulu lagi rutin melukis eyeliner di atas dan bawah garisan mata sudah menjadi satu kewajiban bagi wanita setiap kali bertatarias, dan rasanya tidak lengkap diri jika tidak mengenakan eyeliner ketika keluar rumah.
Tapi tahu tak sebenarnya melukis garisan di bawah mata menggunakan eyeliner sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan mata, untuk ketahui dengan lebih lanjut ikuti kupasan penuh di bawah.
@bettervision Why should not put eyeliner on the waterline. #makeup #makeuphacks #eyedoctor #eyeheath #eyeliner #beauty
Eyeliner Memudaratkan Kesihatan Mata?
Eyeliner atau celak mata cukup sinonim dalam dunia kecantikan wanita, tapi siapa sangka penggunaan celak yang sudah lama berakar-umbi ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mata secara senyap.
Seorang pengguna TikTok yang merupakan seorang doktor mata berkongsi di akaunnya @bettervision, bahawa pemakaian celak di bawah mata boleh menyebabkan kelenjar garisan bawah mata rosak.
Minyak Kelenjar Mata Rosak
@bettervision This is why you should not use makeup on your waterline PART 2, Upper Lid #makeup #eyeliner #eyemakeup #eyehealth #dryeye #eyedoctor
Tahu tak apabila memakai eyeliner di atas garisan mata akan membuatkan mekap tersebut menutup dan menghalang minyak yang keluar dari kelenjar mata secara semulajadi, lalu menyebabkan kelenjar mata menjadi tidak sihat dan rosak.
- Foto – TikTok @bettervision
Gambaran yang dikongsikan dalam video Doktor Brittani Carver muat naik di akaun TikToknya menunjukan perbezaan gambar antara minyak kelenjar normal dan tidak sihat menggunakan alat imbasan mata Oculus Keratograph.
Dari situ kita semua dapat melihat penggunaan celak atau eyeliner pada garisan mata adalah tidak bagus dan boleh memberi mudarat pada mata pada jangka masa yang lama tanpa kita sedari.
Nak Cantik Tak Semestinya Kena Pakai Eyeliner
- Foto – Pinterest
Dalam era yang lebih mementingkan konsep mekap minimalis dan no makeup look, penggunaan eyeliner pada masa kini bukan lagi satu kemestian kerana tanpa memakai eyeliner banyak teknik mekap lain boleh membuatkan mata wanita tampak cantik dan menawan.
Justeru itu, bagi melindungi mata dari sebarang masalah kesihatan eloklah elak menggunakan eyeliner lagi pun nak cantik tak semestinya kena pakai eyeliner betull tak?
Selamat beramal!