Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Resepi

Bazar Tak Buka Tapi Nak Makan Ayam Percik, Buat Saja Di Rumah!

by Mas Idayu
April 30, 2021
Foto - Pinterest/TikTok @cifajamil

Foto - Pinterest/TikTok @cifajamil

7
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Terliurnya tengok ayam percik di sosial media ini, tapi kat kawasan rumah tak ada bazar ramadhan yang bukan sebab Perintah Kawalan Pergerakan sedihnya!”

Jangan sedih-sedih apa kata kamu cuba masak sendiri menu popular ini di rumah, lagipun tak susah mana dan bahan-bahannya juga sangat ringkas.

Nak tahu macam mana nak masak ayam percik ala-ala bazar ramadhan, jom lihat caranya di bawah.

@cifajamil

Dah tahu tak tu nak masak apa untuk buka puasa ni?? @lazada_my #SeleraRamadan #Ayampercik #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar

♬ Ramadan Tiba – Alif & Sofia

Bahan-bahan

  • 2 ketul paha ayam yang
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu makan cili boh
  • Air (untuk kisar bahan)
  • Garam
  • 1 sudu makan gula
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu makan serbuk perasa
  • 1/2 cawan santan kotak atau santan segar
Foto – TikTok @cifajamil

Cara memasak ayam percik

  1. Masukkan ke semua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar dan tuang sedikit air ke dalamnya dan kisar bahan-bahan sehingga hancur.
  2. Kemudian perap ayam dengan garam dan separuh dari bahan yang dikisar tadi, perap ayam selama satu jam.
  3. Setelah perap ayam selama satu jam, kamu boleh letak ayam atas kuali pan, fryer, alat pemanggang (jika ada) dan panggang ayam sehingga masak.
Foto – TikTok @cifajamil

Cara memasak kuah ayam percik

  1. Selepas itu, untuk memasak kuah ayam percik pula ambil periuk kosong dan letakkan di atas tungku dapur.
  2. Masukkan santan, baki bahan yang dikisar tadi, asam keping, gula, serbuk perasa dan masak dengan api perlahan.
  3. Untuk memasak kuah ayam percik ini, kamu perlu kacau kuah dengan kerap supaya minyak santan tidak naik.
  4. Kuah jadi pekat dan likat, tutup api dan tuang kuah di atas ayam percik yang telah siap di panggang tadi.

Senang bukan resepi ayam percik ala bazar ramadhan ini, kamu dah boleh cuba sebagai menu juadah berbuka hari ini nanti.

Selamat mencuba!

Tags: ayam percikcara masak ayam percikmenu bazar ramadhanMenu Viralresepiresepi ayam percikresepi bulan ramadhanTikTokviral
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @fikachan97 (TikTok)
Resepi

Telur Dadar Ala Kedai Tomyam, Nak Crispy Kena Letak 2 Bahan Ini

by Opie Azizlan
December 8, 2021
0

Kalau pergi ke kedai tomyam, confirm akan order telur dadar. Sedap sangat! Paling penting sekali telur dadarnya rangup di luar...

Baca Lagi
Foto - May Vo Dyakonov (FB)
Resepi

Wanita Kongsi Resepi Lepas Berat Turun Makan Sup ‘Kurus’

by Opie Azizlan
December 5, 2021
0

Psst... Nak tak team Wanista kongsi rahsia turun berat badan dengan cepat dan paling penting kenyang? Nak turunkan berat badan,...

Baca Lagi
Foto - FB Dapur Kita
Resepi

Resepi Roti Pisang Wanita Ini Dikongsi Lebih 2 Ribu, Nampak Sedap & Nak Buat Pun Senang!

by IamLisa
November 30, 2021
0

Nak sarapan apa? Asyik makan nasi goreng, bihun goreng, roti bakar... aduhai bosannya. Kalau nak cari resepi baru yang lain...

Baca Lagi
Foto - Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official (FB)
Resepi

Buat Kimchi Ikut Tekak Melayu, Hanya Perlu RM10 Sahaja

by Opie Azizlan
November 6, 2021
0

Sumpah terliur bila tengok scene makan-makan dalam K-Drama. Selain bimbap dan jachae, ramai juga rupanya yang teringin nak makan kimchi....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.