Susah hati dibuatnya bila mana berbual dengan suami, dia selalu menunjukan rasa tidak berminat dan selalu membalas acuh tidak acuh kepada kamu.
Bukan itu saja, paling mengguriskan hati adalah suami sudah jarang bersama dengan kamu di ranjang dan gerak-gerinya menunjukan tidak lagi mahu beri perhatian kepada kamu.
Jika ini berlaku, ketahuilah ini sebenarnya merupakan simptom awal sang suami beransur-ansur kurang minat dengan kamu, dan terdapat beberapa petanda lain yang lebih ketara boleh berlaku dalam rumahtangga kamu berdua.
@jamuratumontokhq Tanda suami bosan curang #fyp #tiktokmalaysia #indonesia #thailand #tips
Jarang Berbual Dan Suami Buat Hal Sendiri
- Foto – Pinterest
Jika dulunya hari-hari dipenuhi dengan bual bicara bersama encik suami, tetapi kini tidak lagi suami mula jarang berbual dengan kamu dan dirinya sendiri lebih banyak buat hal sendiri dan tidak menghiraukan kamu.
Dan jika kamu berdua miliki anak, mungkin layanan terhadap anak juga sudah tidak seperti dahulu lagi dan banyak mengelak dari menjaga anak bersama kamu.
Tiada Lagi pujian Dan Penghargaan
- Foto – Elite Daily
Kalau dulu kamu lakukan apa jua tugas pasti di bibir sang suami akan titipkan kata-kata pujian dan terima kasih kepada kamu, dan ada kalanya suami akan berikan hadiah sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mengurus rumahtangga.
Tapi kini si dia tidak lagi mengucapkan kata-kata penghargaan, apatah lagi encik suami juga sudah jarang memuji kamu dan ini menunjukan si dia sudah beransur-ansur tidak meminati diri kamu sebagai isterinya.
Nafkah Batin Diabaikan
- Foto – USA Today
Sudahlah hubungan mula menjadi layu begitu, nafkah batin kamu juga mula terabai kerana sang suami tidak lagi mahu bersama dengan kamu dan kalau bersama di ranjang pun si dia kelihatan paksa rela melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami.
Suami Sering Memarahi Kamu
- Foto – Commonwealth Counseling
Selain itu, suami juga sudah pandai naik angin dan melenting dengan kamu dan paling menyedihkan jiwa adalah apa saja yang kamu lakukan seperti tidak kena di depan mata dia.
Berani Menipu
- Foto – Deposit Photos
Apabila sudah pandai melenting pastinya step seterusnya adalah, suami juga bijak menipu kamu dengan pelbagai alasan diberikan untuk tidak mahu lekat di rumah.
Wahai wanita jika tanda-tanda ini terdapat pada suami kamu, sebaiknya kamu selidiki dan cuba bincang duduk bersama suami untuk mengembalikan keharmonian rumahtangga kamu berdua.
Semoga apa yang dikongsikan ini bermanfaat, selamat beramal!