“Adakah kamu yakin bahawa penapis beberapa alatan ini betul-betul bersih? Seberapa kerap kamu mencuci dan membersihkannya?”
Viral di TikTok apabila seorang ibu, Chatel Mila berkongsi trik untuk bersihkan 4 jenis penapis iaitu penapis vakum, mesin basuh, penyaman udara dan mesin pencuci pinggan di rumah.
Untuk pengetahuan kamu, penapis-penapis ini perlu dibersihkan mengikut kekerapan penggunannya. Walaupun ramai yang bersihkannya, tetapi Chatel mengatakan ada yang lakukannya dalam cara yang salah.
Jadi entri kali ini, Wanista nak kongsi dengan kamu cara yang betul untuk bersihkan 4 jenis penapis ini dalam hanya masa 5 minit sahaja.
#1 Penapis Vakum
Untuk bersihkan penapis vakum di rumah, ianya bergantung kepada kekerapan kamu menggunakannya. Jika guna terlalu kerap atau jarang gunakannya?
Sekiranya kamu guna vakum terlalu kerap bersihkan penapisnya selama 2 kali sebulan, dan kalau jarang guna sebulan sekali sudah mencukupi.
Bagi membersihkan penapis vakum, senang sahaja caranya. Hanya perlukan tiga langkah sahaja.
- Langkah 1: Keluarkan penapis dari vakum
- Langkah 2: Cuci dan bilas menggunakan air sejuk
- Langkah 3: Keringkan di bawah kipas atau matahari
#2 Penapis Mesin Basuh
Setiap rumah memang memerlukan mesin basuh untuk membersihkan pakaian. Tetapi pernah tak kamu terfikir untuk bersihkan penapis mesin basuh secara berkala?
Penapis mesin basuh juga ini perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 4 kali dalam masa setahun. Ini kerana mesin basuh merupakan tempat mudah untuk bakteria membiak kerana kelembapan dan kekotorannya.
Nak bersihkan penapis mesin basuh, lakukan begini:
- Langkah 1: Kosongkan dan alirkan air keluar daripada penapis pam mesin basuh
- Langkah 2: Cuci penapis dengan sabun pencuci pinggan
- Langkah 3: Bilas dan keringkan
#3 Penapis Penyaman Udara
Memang menjadi ‘wajib’ untuk digunakan setiap hari, kamu perlu mencuci penapis penyaman udara ini sekurang-kurangnya sekali dalam masa 2 minggu.
Penghawa dingin perlu dibersihkan dengan kerap kerana banyak habuk dan kotoran diserap dengan cepat di penapis.
Bagi bersihkannya, hanya tiga langkah sahaja diperlukan:
- Langkah 1: Buka bahagian depan penyaman udara dan keluarkan penapis.
- Langkah 2: Ambil vakum dan bersihkan kotoran dan habuk di penapis
- Langkah 3: Cuci dan bilas menggunakan air sejuk sebelum keringkan
#4 Penapis Mesin Pencuci Pinggan
Ramai yang sering terlupa dan menganggap bahawa mesin pencuci pinggan ini bersih setiap kali menggunakannya. Sebenarnya kamu salah!
Mesin pencuci pinggan ini perlu dibersihkan sekali dalam sebulan untuk membuang kotoran dan sisa daripada pinggan dan mangkuk kamu.
Untuk bersihkannya, kamu perlu lakukannya dalam cara ini.
- Langkah 1: Keluarkan penapis dari mesin pencuci pinggan
- Langkah 2: Cuci menggunakan sabun pencuci pinggan sehingga bersih
- Langkah 3: Bilas gunakan air sejuk dan biarkan kering atau lap gunakan kain bersih
@mama_mila_ All it takes is 5 mins to clean your filters + remove hidden dirt around your home 🌬 #cleantok #cleaningtiktok #hometips
Bagi Wanista, trik-trik ini sangat mudah dan tidak memerlukan banyak kerja untuk bersihkan penapis-penapis ini, betul tak?
Ini kerana kebanyakan orang terutamanya wanita, mereka gemar untuk mengupah orang lain untuk melakukan pekerjaan ini dan membayar pada harga yang mahal.
Jadi selepas ini kamu boleh berjimat dan lakukannya sendiri pada hujung minggu. Selamat beramal!