Sebut saja drama bersiri Korea ‘Vincenzo’ yang hangat di tayangkan di Netflix, membuatkan ramai pencinta kisah keadilan, jenayah dan mafia berasa teruja menonton drama seperti ini.
Biasanya drama berkisarkan tentang mafia mempunyai jalan cerita yang agak cliche dan penonton tidak begitu tertarik dengan konsep jalan cerita seperti itu, tetapi drama ‘Vincenzo’ ini menampilkan sisi pandangan yang lain dan dipenuhi dengan elemen sosial dan masyarakat yang agak mendalam.
Nak tahu apakah yang membuatkan drama popular di Netflix ini menjadi bualan ramai, ikuti kupasanya di bawah.
Papar Realiti Gelap Golongan Kayangan
- Foto – Kdrama24
Melihat jalan cerita dari episod pertama hinggalah episod 18 yang terbaru ini, memaparkan realiti gelap yang golongan kayangan mampu lakukan, dengan kuasa, status sosial dan kekayaan yang dimiliki mereka bermaharajalela dan tidak takut dengan undang-undang.
Hal ini dapat dilihat apabila Babel sebuah syarikat yang tidak beretika menjual ubat palsu, merasuah pihak berkuasa seperti polis, hakim, pendakwa raya dan membunuh saksi serta peguam bagi menutup jenayah yang mereka lakukan.
Kes Saman Syarikat Babel Innuendo Kes Samsung 2007
- Foto – Twitter
Bukan itu saja, antara salah satu jenayah yang dilakukan oleh syarikat Babel ini adalah kes berkaitan saman di mana syarikat ini terlibat atas penggunaan bahan beracun yang menyebabkan pekerja menghidap penyakit kronik.
Siapa sangka babak episod dalam drama ini sebenarnya, merupakan innuendo bagi kes saman syarikat Samsung yang berlaku pada tahun 2007.
Di mana lebih 200 pekerja Samsung Electronics, menghidap kanser dan menyebabkan 70 pekerja terkorban akibat terdedah kepada bahan beracun dalam proses pengeluaran produk.
“Un Diavolo Scaccia I’Altro”
- Foto – Drama Milk
Seperti pepatah Itali di atas yang bermaksud, “Hanya kejahatan yang mampu melawan kejahatan”, itulah yang cuba dipaparkan dalam drama ‘Vincenzo’ ini.
Seperti karakter watak utama drama ini iaitu Vicenzo yang dilakonkan oleh aktor Song Joong Ki, merupakan seorang yang tidak berintegriti, mungkir janji, sering mengugut dan menipu untuk mencapai tujuannya.
IKLAN
Meskipun begitu, semua taktik yang digunakan bagi tujuan melawan ketidakadilan dan kekejaman yang golongan berstatus dan pihak berkuasa lakukan.
Firma Guaman Buta Mata Demi Kekayaan Dan Status
- Foto – South China Morning Post
Biasanya firma guaman di pandang tinggi dalam masyarakat kerana menganggap organisasi ini dapat membantu golongan yang susah mendapatkan keadilan dan hak mereka.
Tapi dalam drama ‘Vincenzo’, firma guaman Wusang yang mana perkataan ‘Wusang’ bermaksud berhala dalam bahasa Korea ini sebenarnya lebih pentingkan kekayaan dan status daripada membantu golongan yang tertindas.
Firma guaman Wusang banyak melakukan kerja-kerja kotor bagi syarikat Babel dan menjadikan sistem perundangan alat untuk mereka melakukan jenayah dalam terang.
Konflik Moral Yang Berat
- Foto – Netflix
Boleh dikatakan dari permulaan episod hinggalah episod 18 yang terkini dalam drama ‘Vincenzo’ ini, memaparkan konflik nilai moral yang berat sebenar.
Biasanya dalam mana-mana kisah terutamanya drama berkisar dengan mafia, karakter yang baik lah yang menegakkan keadilan, tetapi dalam ‘Vincenzo’ watak jahat yang menghukum kejahatan yang dilakukan oleh penjahat yang lain dengan cara mereka sendiri.
Pandangan moral masyarakat yang biasa menganggap orang baik menghukum orang jahat bukanlah konsep yang ‘Vincenzo’ gunakan, sebaliknya menonjolkan konsep “devil beats the devil”.
Serius tak rugi tonton drama ‘Vincenzo’ di Netflix kerana ia sebuah drama yang penuh kualiti, innuendo sosial, menyingkap realiti golongan berstatus dan memaparkan nasib marhaen yang tertindas.
Kredit: Facebook Ayman Rashdan Wong