Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

by Mas Idayu
April 27, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

71
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Aduh masa inilah rasa nak selesema dan hidung tersumbat bagai, tak selesa betullah. Nak guna vicks inhaler tapi rasa was-was pula, risau puasa jadi batal pula nanti macam mana ini?”

Memang pening kepala dibuatnya jika alami situasi seperti ini sudahlah rasa tak selesa, lepas itu risau pula nak guna inhaler khuatir boleh menyebabkan puasa terbatal.

Tapi sejauh mana kebenaran mengenai penggunaan inhaler boleh menyebabkan puasa terbatal? Nak tahu jawapanya, ikuti kupasan penuh di bawah.

@tiktokilmu

Reply to @pak_long_tua #ustazazharidrus #ilmu #islam #puasa #ramadhan #malaysia #2021 #fyp #foryoupage

♬ original sound – TIKTOK ILMU – TIKTOK ILMU

Hukum Pakai Vicks Inhaler Masa Puasa

Menurut Ustaz Azhar Idrus, puasa akan terbatal jika memasukkan sesuatu hingga melepasi kerongkong dan dalam soal ini, Ustaz Azhar Idrus menyatakan terdapat tiga pendapat alim ulama mengenai hukum menghidu vicks inhaler semasa bulan ramadhan.

Pendapat Pertama: Batal

Foto – Pinterest

Terdapat sekumpulan ahli ulama berpendapat hukum menghidu inhaler adalah batal puasanya kerana inhaler vicks itu merupakan sebuah cecair yang masuk ke rongga hidung, dan melepasi kerongkong kemudian masuk ke dalam paru-paru lalu menyebabkan berair di dalamnya.

Pendapat Kedua: Tidak Batal

Foto – Net Doctor

Manakala pendapat kedua pula ahli ulama menyatakan hukumnya adalah tidak batal puasa kerana menganggap inhaler tidak sampai ke dalam perut hingga membuatkan diri berasa kenyang.

Pendapat Ketiga: Batal Tetapi Dimaafkan

Foto – Pinterest

Dan terakhir sekali adalah ahli ulama berpendapat hukum menghidu inhaler adalah batal puasa tetapi diberikan kemaafan, dengan syarat individu tersebut berada dalam keadaan kritikal atau kronik dan situasi tersebut boleh menjejaskan nyawa.

Pokok pangkalnya di sini ia tetap bergantung pada situasi dan keadaan diri, jika kamu mengalami masalah pernafasan yang serius hingga menjejaskan nyawa eloklah kamu gunakan inhaler tersebut. Tetapi jika ia bukan masalah yang kronik tidak disarankan untuk menghidu vicks inhaler tersebut.

Semoga ilmu yang dikongsikan hari ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada semua, selamat beramal!

Tags: hidu vicks inhaler batal puasa kependapat ahli ulamaperkara batal puasatanya ustazustaz azhar idrusvicksvicks inhaler
Share28SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest / @anniedeliversmd (TikTok)
Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

by Opie Azizlan
January 4, 2022
0

Ada pakai panty liner? Pakai setiap hari tak? Kalau masih pakai panty liner dan pakai setiap hari, lebih baik hentikannya...

Baca Lagi
Foto - Buy Berocca
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

by IamLisa
January 4, 2022
0

"Kenapa saya minum suplemen Berocca, air kencing jadi kuning?" Jika air kencing kamu bertukar menjadi kuning terang beberapa jam selepas...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

by Opie Azizlan
January 3, 2022
0

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan...

Baca Lagi
Foto - Healthline
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

by IamLisa
January 3, 2022
0

Mesti kamu pernah nampak ada orang amalkan minum susu sebelum tidur. Bukan kanak-kanak sahaja, yang dewasa pun mengamalkan cara ini....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.