Masakan chef terkenal Malaysia, Chef Wan tak perlu diperkenalkan lagi. Setiap hidangan beliau cukup ikonik dan tersendiri.
Sempena bulan penuh mulia ini, platform katering korporat, SmartBite berbesar hati mengumumkan kerjasama dengan De.Wan 1958 by Chef Wan dan Café Chef Wan dengan pelbagai juadah menyelerakan.
Kerjasama eksklusif ini akan menampilkan tiga set menu hebat terdiri daripada hidangan Melayu klasik yang digemari ramai, kotak Signature Sambals Chef Wan, set Kuih Lapis, pilihan empat hamper premium Hari Raya, serta Tiffin Raya.
SmartBite Bawakan Air Tangan Chef Wan Ke Pintu Rumah Anda
“Pusat katering SmartBite membolehkan pesanan dibuat dengan cepat dan mudah, dan lengkap dengan ulasan pelanggan, penilaian yang tepat waktu, serta sokongan telefon masa sebenar dengan manusia sebenar.
“Kami amat berbangga kerana Chef Wan telah memilih kami untuk membawakan air tangan beliau yang lazat ke pintu anda, tepat pada waktunya untuk Iftar dan sambutan Aidilfitri.
“Dengan pengiktirafan ikon antarabangsa tersohor seperti Chef Wan, kami sangat teruja dapat menambahkan restoran beliau yang berprestij ke platform kami.
“Sebagai sebahagian daripada 300 vendor kami yang telah disahkan Halal dan mesra-Muslim,” kata Pengasas SmartBite, Gabriele Fadda.
SmartBite Tampil Tiga Set Perkongsian Chef Wan
Set Ramadhan A dan Ramadhan Set B, masing-masing berharga RM248+ dan RM368+ di De.Wan 1958 by Chef Wan, serta Set Raya berharga RM268+ di Café Chef Wan. Set ini menyediakan Ikan Jenahak Chef Wan, Daging Puteri Manis, Ayam Pencok, pembuka selera yang enak, dan pencuci mulut.
- Foto – SmartBite
SmartBite juga menyediakan Signature Sambals Chef Wan. Setiap kotak didatangkan dengan 4 perisa sambal seperti Sambal Hitam Belimbing, Sambal Tempoyak Petai, Acar Buah Dewan dan Sambal Hijau Masin.
SmartBite juga menawarkan empat varian hamper korporat Hari Raya premium Chef Wan. Dalam setiap hamper, terdapat rangkaian lengkap Signature Sambals Chef Wan, kurma tradisional, serta kad ucapan dengan ‘sampul hijau’ eksklusif. Hamper ini juga termasuk koleksi Kuih Lapis premium enak daripada Chef Wan.
SmartBite akan membuat penghantaran dalam radius 60km. Pelanggan akan menikmati penghantaran percuma untuk 10km yang pertama, serta penghantaran percuma tanpa had jarak bagi pesanan melebihi RM240.
- Foto – SmartBite
Untuk maklumat lebih lanjut, layari trysmartbite.com atau buat panggilan ke talian bebas tol 1800 82 1881.