Penularan wabak Covid-19 naik mendadak di India, catatan harian jangkitan di negara tersebut tidak pernah turun sebaliknya terus menaik dari masa ke semasa.
Dipetik dari The Star, India akan terus mencatat rekod jangkitan yang tinggi menjelang pertengahan bulan Mei nanti. Apatah beberapa buah negeri di India seperti di Maharashtra, Gujarat, New Delhi dan Utara Uttar Pradesh, mencatatkan lebih dari 190,000 kes jangkitan harian.
Tiga Faktor Utama Punca India Catat Rekod Jangkitan Covid Tertinggi
Melihat rekod jangkitan pandemik di India semakin hari semakin meningkat naik, pakar di seluruh dunia membuat analisis terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan negara tersebut tidak berjaya menurunkan kes jangkitan.
Populasi Penduduk Yang Ramai
- Foto – Times Of India
Jumlah kepadatan penduduk yang terlalu tinggi, merupakan salah satu punca mengapa kes jumlah jangkitan sukar menurun.
Kerajaan India sukar menangani situasi penularan pandemik secara efektif, kerana jumlah rakyatnya yang ramai berbanding di negara Asia yang lain.
Kekurangan Kelengkapan Dan Bekalan Perubatan
- Foto – Business Insider
Sudahlah begitu, dengan jumlah jangkitan yang tinggi membuatkan pihak perubatan di India tidak dapat memberi rawatan kepada semua pesakit Covid.
Di India juga mempunyai masalah kekurangan bekal perubatan seperti tangki oksigen dan kelengkapan hospital seperti katil pesakit juga serba kekurangan dan tidak dapat menampung jumlah pesakit Covid yang mananya semakin bertambah dari hari ke sehari.
Jumlah Kepakaran Yang Ada Tidak Dapat Menampung Jumlah Pesakit
- Foto – The Straits Times
Melihat kes jangkitan yang tinggi sejak hari Sabtu lalu sehinggalah ke hari ini, pihak perubatan tidak dapat membantu ke semua pesakit dengan pantas kerana kekurangan tenaga pakar.
Jumlah pesakit yang menghidapi Covid-19 melebihi jumlah tenaga kerja pakar perubatan di India, dan membuatkan proses rawatan tidak dapat berjalan dengan lancar.
Rakyat India Salahkan Kepimpinan Perdana Menteri Modi
- Foto – The Guardian
Dipetik dari Bloomberg, rata-rata rakyat India terutama ahli politik menyalahkan Perdana Menteri mereka Narendra Modi kerana dikatakan gagal dalam menangani penularan pandemik dengan berkesan.
Apatah lagi negara populasi terbesar itu dalam fasa pengundian bagi pilihanraya akan datang, rakyat semakin tidak berpuas hati bila mana Modi dikatakan sibuk memberi ucapan nasionalisma tetapi tidak fokus untuk menyelamatikan nyawa rakyat mereka.
Negara Luar Beri Bantuan
Berikutan isu krisis yang dihadapi di India dipetik dari The Guardian, Amerika Syarikat menyatakan negara mereka akan memberi bantuan kepada negara tersebut dengan menghantar barang mentah bagi penghasilan vaksin Covidshield.
Manakala United Kingdom pula akan memberi bekalan ventilator dan tangki oksigen untuk negeri New Delhi. Perancis dan German masing-masing akan memberi bekalan oksigen sebanyak mana yang mampu di India.
- Foto – The Star
Negara jiran India iaitu Pakistan juga akan memberi bantuan kelengkapan dan bekalan perubatan dalam masa yang terdekat.
Semalam merupakan rekod jangkitan harian tertinggi di India dengan jumlah catatan sebanyak lebih 350,000 jumlah jangkitan dilaporkan, dan pakar perubatan dunia menyatakan kes jangkitan di India bakal meningkat sehingga 500,00 menjelang bulan Mei nanti.