Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Zendaya ‘Best Dressed’ Di Oscar 2021, Menawan Serba Kuning Dan Berambut Ala Mermaid

by IamLisa
April 26, 2021
Foto - Getty

Foto - Getty

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Zendaya sekali lagi memukau netizen dengan gayanya yang tersendiri. Kali ini penampilan wanita muda di Oscar 2021 mencuri perhatian.

Tampil menawan serba kuning dalam gaun yang menyerlahkan susuk tubuh tinggi kurus dan berambut kerinting hingga ke pinggul menjadi buah mulut. Dan ramai setuju dia merupakan ‘best dressed’ pada malam itu.

Gaun Kuning Valentino

Kuning persis buah lemon! Rasanya sepanjang Oscar berlangsung, netizen di Twitter banyak memperkatakan gaun kuning Zendaya yang menyerlahkan lagi tona kulitnya yang coklat itu.

Foto – People

Datang sebagai penyampai anugerah, Zendaya mengenakan gaun kemban dengan potongan cutout berwarna kuning rekaan Valentino. Gaun tersebut merupakan custom made untuk aktres yang terkenal menerusi drama Euphoria.

Perhiasan Bulgari Jutaan Ringgit

Untuk perhiasan pula, Zendaya memakai set dari Bulgari yang bergemerlapan.

Foto – Getty

Zendaya memasangkan kalung leher dengan sepasang anting-anting berlian kuning dan dua cincin berlian,  di mana satu mempamerkan berlian kuning dan satu lagi dengan batu zamrud. Barang kemas itu bernilai lebih dari $6 juta.

Rambut Panjang Ala ‘Mermaid’

Foto – Getty

Dengan rambutnya yang panjang mengurai inspirasi mermaid dipadankan dengan solekan semula jadi, penampilan wanita 24 tahun ini sungguh menakjubkan.

Inspirasi Gaya Ikonik Penyanyi Cher

Gaun kuning Zendaya merupakan inspirasi gaun yang pernah dipakai oleh penyanyi Cher ketika The Cher Show, yang berlangsung dari tahun 1975 hingga 1976.

Foto – Elle

Kostum nostalgia Cher dicipta oleh Bob Mackie, sementara Zendaya pula rekaan eksklusif oleh Pengarah Kreatif Valentino Pierpaolo Piccioli. Kedua-dua Zendaya dan Cher menampilkan kuning dalam gaya masing-masing dan penuh ikonik.

Siapa selebriti yang layak diangkat sebagai ikon fesyen untuk generasi masa kini? Penulis rasa aktres Zendaya. Just look at her sense of style, sama ada di jalanan atau karpet merah, everything look so effortless and good on her!

Tags: fesyen karpet merah zendayafesyen zendayapelakon zendayazendayazendaya oscar 2021zendaya oscar gown
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Fesyen

Bergaya Seperti Puteri Raja Dengan Aksesori Rambut Headband

by IamLisa
May 24, 2022
0

Headband merupakan aksesori diraja! Kamu tak perlu mendandan rambut bila mengenakan headband, itu yang best dan sangat memudahkan! Headband bukan...

Baca Lagi
Foto - WWD
Fesyen

Balenciaga x Adidas Dah Keluar, Ini Antara Koleksi Yang Menarik

by IamLisa
May 24, 2022
0

Seperti yang dijanjikan Balenciaga dan Adidas mengeluarkan koleksi kolaborasi mereka bersama. Debut pada Ahad, 22 Mei, jenama ikonik mempamerkan koleksi...

Baca Lagi
Foto - MAJE
Fesyen

Rasa Seperti Di Pantai Dengan Summer Paradise MAJE Yang Ultra Stylish!

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Cuba bayangkan kamu sedang berada di pulau. Berjemur di tepi pantai, masukkan kaki ke dalam pasir pantai sambil mendengar bunyi...

Baca Lagi
Foto - Page Six
Fesyen

Festival Filem Cannes 2022, #DIVAKongsi Pakaian Terbaik Selebriti Di Red Carpet!

by Sofie Azizlan
May 23, 2022
0

Daripada selebriti A-list hingga ke supermodel, pelbagai gaya dipamerkan dan semuanya nampak cantik-cantik belaka! Menandakan edisinya yang ke-75 tahun ini,...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.