Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Kecantikan

Wanita Jepun Ini Dedah Minum Teh Pisang Rahsia Anti-Penuaan

by IamLisa
April 23, 2021
Foto - TikTok/Pinterest

Foto - TikTok/Pinterest

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Teh Pisang, ada yang pernah minum tak? Baiklah, ini pertama kali Wanista dengar tentang teh pisang.

Satu video TikTok menyatakan minum teh pisang adalah rahsia anti penuaan yang diamalnya selama ini. Bila minum teh pisang, kulit bukan sahaja terlihat lebih muda bahkan badan terasa aktif bertenaga.

Apa kelebihan minum teh pisang? Sebelum itu, macam mana cara nak menyediakan teh pisang?

@dr.mamina

Michiko has another one for you 🙏🏼 #tiktokdoc #dermatologist #fyp #learnontiktok #beautyhacks #fyp

♬ original sound – Mamina Turegano, MD

Rebus Pisang Dalam Air Panas, Jadilah Teh Pisang

Cara teh pisang dibuat dengan merebus pisang (semua sekali) dalam air panas, kemudian keluarkan, dan minum bakinya.

Ia boleh dibuat dengan atau tanpa kulit, bergantung pada pilham anda. Jika dibuat dengan kulit sekali, biasanya disebut sebagai teh kulit pisang.

Kerana teh kulit piasang memerlukan waktu lebih lama untuk dibuat kerana kandungan seratnya yang tinggi, ramai memilih untuk ketepikan kulit.

Sebilangan besar orang minum teh pisang dengan sedikit kayu manis atau madu untuk meningkatkan rasa. Elok dinikmati pada waktu untuk membantu tidur.

Nutrisi Pada Teh Pisang

Teh pisang merupakan sumber vitamin B6, potassium, magnesium, manganese, dan copper yang baik. Potassium dan magnesium merupakan mineral penting untuk kesihatan jantung dan kualiti tidur.

Foto – The South African

Manakala vitamin B6 membantu menyokong sistem kekebalan tubuh yang sihat dan pengembangan sel darah merah.

Namun, setiap kumpulan mungkin mengandungi jumlah nutrien yang berbeza-beza kerana perbezaan kaedah penyediaan dan masa pembuatan teh.

Minum Teh Pisang, Ini Manfaat Kesihatan Kamu Dapat

  • Mengandungi Antioksidan

Pisang secara semula jadi tinggi antioksidan, termasuk dopamine dan gallocatechin, yang dapat membantu memerangi radikal bebas dan mencegah keadaan kronik seperti penyakit jantung.

Kulit mempunyai kadar antioksidan jauh lebih tinggi daripada isinya. Oleh itu, tambahkan kulit ke dalam teh boleh meningkatkan pengambilan molekul ini.

  • Boleh Mengelakkan Kembung

Teh pisang tinggi potassium, mineral dan elektrolit yang penting untuk mengatur keseimbangan cairan, tekanan darah yang sihat, dan pengecutan otot.

Foto – Mom Loves Best

Potassium berfungsi rapat dengan sodium, mineral dan elektrolit lain untuk mengatur keseimbangan cecair dalam sel anda.

  • Boleh Membantu Tidur

Jangan tak tahu, teh pisang telah menjadi alat bantuan tidur yang popular. Ia mengandungi tiga nutrian utama yang dikatakan membantu meningkatkan tidur – potassium, magnesium, dan tryptophan.

Pisang adalah sumber magnesium dan potassium yang baik, dua mineral yang dikaitkan dengan kualiti tidur yang panjang kerana sifatnya.

  • Rendah Gula

Teh pisang merupakan pengganti minuman bergula yang baik. Hanya sebilangan kecil gula dalam pisang yang dibebaskan ke dalam air semasa pembuatannya, bertindak sebagai pemanis semula jadi untuk teh anda.

  • Menyokong Kesihatan Jantung

Foto – My Health

Nutrien dalam teh pisang boleh menyokong kesihatan jantung. Teh pisang mengandungi potassium dan magnesium, yang terbukti dapat membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

  • Anti-Penuaan

Pisang mengandungi antioksidan tahap tinggi dan bertindak sebagai botox semulajadi, mencegah garis-garis halus dan kedutan terbentuk.

Kesimpulannya, teh pisang dibuat dari pisang dan air panas, dan kadangkala kayu manis atau madu. Ia menyediakan antioksidan, potassium, dan magnesium, yang dapat menyokong kesihatan jantung, membantu tidur, dan mencegah kembung.

Sekiranya anda ingin menukar sesuatu dan mencuba teh baru, teh pisang memang sedap dan senang dibuat.

Tags: apa benda teh pisangbanana teateh pisangteh pisang anti penuaantiktok viral banana tea
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Showbiz
Tips - Kecantikan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak

by IamLisa
January 3, 2022
0

"Saya muka berminyak dan berambut bangs di depan. Selalu tak sampai tengahari, dahi dah makin berminyak. Ada cara tak, nak...

Baca Lagi
Tips - Kecantikan

Patutlah Cantik, Rutin Fan Bingbing Bersihkan Muka Sampai 28 Step

by IamLisa
November 13, 2021
0

Fan Bingbing lakukan 28 step untuk rutin kecantikan? Mungkin sebab itu dia diangkat sebagai wanita tercantik di China. Miliki kulit...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Tips - Kecantikan

Lipstick Patah Atau Rosak? Baikinya Dengan Cara Ini

by Sofie Azizlan
October 31, 2021
0

Boleh frust menonggeng kalau lipstick kegemaran patah dan rosak! Lipstick boleh dikatakan sebagai top product yang setiap wanita perlu ada....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Tips - Kecantikan

Tips Kecantikan Orang Dulu-Dulu, No.4 Paling Ramai Yang Amal

by Sofie Azizlan
October 28, 2021
0

Pernah terfikir tak orang-orang dulu tak ada pun pergi drugstore, Sephora, SASA dan sebagainya untuk jaga kecantikan. Tetapi bagaimana mereka...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.