Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Kenapa Ada Orang Lepas Makan Terus Rasa Nak Buang Air Besar?

by Mas Idayu
April 23, 2021
Foto - Anza

Foto - Anza

37
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Aduh masa ini lah rasa nak membuang, walhal baru saja lepas makan pelik betullah.”

Mesti ramai yang mengalami situasi seperti ini bukan, apatah lagi ada sesetengah orang memang kerap kali mengalaminya. Jadi persoalannya di sini adalah, apakah punca atau penyebab yang membuatkan perut boleh terus rasa nak membuang lepas makan.

Adakah apa yang kita buang itu merupakan makanan yang baru di makan tadi atau macam mana? Ikuti Wanista untuk kupasan penuh mengenai isu ini di bawah.

Sistem Penghamanan Cepat Cerna, Betul Ke?

Foto – The Conversation

Berdasarkan perkongsian salah seorang pengguna TikTok yang juga merupakan seorang doktor, di akaun TikToknya @champz77 ada memberitahu bahawa bahan buangan yang di buang selepas makan itu bukanlah makan yang baru di makan tadi.

Sebaliknya apa keluar itu merupakan makanan lama yang telah selesai dicernakan di dalam perut, jadi jangan salah sangka pula.

Perjalanan Makanan Sejauh 30 Kaki Dan Ambil Masa 24 – 72 Jam

@champz77

Haaa baik mengaku siapa selalu fikir camni… #healthcheck #learnontiktok #jombelajar #tiktokguru #tiktokdoc_my #drchampz

♬ original sound – DrChampz☆チェーミ 💆‍♀️🌻 – DrChampz☆チェーミ 💆‍♀️🌻

Selain itu, menurut Dr. Champz perjalanan makanan bermula dari mulut hinggalah ke anus adalah sepanjang 30 kaki atau lebih kurang sembilan meter.

Ya, sebenarnya jauh perjalananan yang harus makanan lalui di dalam tubuh manusia, apatah lagi pelbagai proses terlibat bagi penyerapan nutrisi dan pencernaan berlaku di dalam tubuh.

Dan ke semua proses ini mengambil masa dalam 24 jam hingga 72 jam bergantung pada jenis makanan yang di makan, tak sangka kan rupanya makanan mengambil masa yang sangat lama untuk sampai ke lubang anus dan keluar menjadi najis.

Foto – Anza

Jadi mustahillah makanan yang baru saja di makan, akan terus keluar menerusi pembuangan air besar betul tak. Tapi situasi ini benar-benar berlaku, jadi apa yang menyebabkan rasa nak buang air selepas makan?

Jawapannya adalah ketika kamu sedang makan, minda memberi isyarat pada perut bahawa makanan sedang menuju ke perut. Manakala perut yang mendapat isyarat tersebut bersedia untuk membuang sisa makanan lama yang terdapat dalam usus besar ke dalam lubang anus.

Sebab itulah, kadang-kala selesai menjamu selesa ada sesetengah orang akan rasa nak ke tandas untuk membuang air besar.

Makanan Yang Bagus Untuk Pencernaan Dan Penyerapan Nutrisi

Foto – Masam Manis/Ajinomoto Malaysia

Bagi wanita yang ingin menjaga kesihatan tubuh badan terutamanya sistem pencernaan dan inginkan khasiat dapat diserap ke dalam tubuh, ini antara jenis-jenis makanan yang bagus untuk kamu makan dan amalkan dalam diet seharian.

  • Buah betik
  • Buah pisang
  • Buah epal
  • Halia
  • Tempe
  • Yogurt
  • Adas (Fennel)
  • Biji chia
  • Kombucha
  • Bijiran penuh
  • Sayur-sayuran
  • Daun pudina
  • Beetroot
  • Ikan
Foto – Freepik

Jaga pemakanan dan jika berlaku rasa memulas perut dan rasa nak membuang air besar selepas makan, jangan terus cop makanan yang baru kamu makan itu dah selesai dihadam dan sedia untuk keluar pula.

Proses perjalanan makanan untuk menjadi najis mengambil masa yang lama hingga 72 jam, tetapi jika kamu kerap sangat membuang hingga menjejaskan kesihatan diri, disarankan agar kamu segera ke hospital untuk membuat pemeriksaan untuk mengetahui masalah yang dihadapi.

Selamat beramal!

Rujukan: 1, 2,

Tags: buang air besarkesihatan sistem penghadamanlepas makan terus nak membuangSistem Penghadamanusus kecil dan usus besar
Share15SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest / @anniedeliversmd (TikTok)
Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

by Sofie Azizlan
January 4, 2022
0

Ada pakai panty liner? Pakai setiap hari tak? Kalau masih pakai panty liner dan pakai setiap hari, lebih baik hentikannya...

Baca Lagi
Foto - Buy Berocca
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

by IamLisa
January 4, 2022
0

"Kenapa saya minum suplemen Berocca, air kencing jadi kuning?" Jika air kencing kamu bertukar menjadi kuning terang beberapa jam selepas...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

by Sofie Azizlan
January 3, 2022
0

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan...

Baca Lagi
Foto - Healthline
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

by IamLisa
January 3, 2022
0

Mesti kamu pernah nampak ada orang amalkan minum susu sebelum tidur. Bukan kanak-kanak sahaja, yang dewasa pun mengamalkan cara ini....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.