Bekas ahli kumpulan Kpop popular BTOB, Ilhoon atau nama penuhnya Jung Ilhoon dihadapkan ke Mahkamah Daerah Pusat Seoul semalam 22 April 2021 bagi sesi pendengaran pertama mengenai kes penggunaan dadah.
Ilhoon disyaki terlibat dengan penggunaan dadah jenis marijuana di antara 6 Julai 2016 dan 9 Januari 2019, selain Ilhoon terdapat tujuh lagi individu yang terlibat sama dengan penggunaan marijuana dan dihadapkan ke mahkamah bersama Ilhoon.
Kes Mula Dibicarakan
- Foto – Instagram Jung Ilhoon @ilhoonmj
Meski tarikh Ilhoon mengambil marijuaan, sepatutnya kes ini patut dibicarakan pada tahun 2020 tetapi disebabkan Ilhoon memasuki kem ketenteraan pada bulan Mei 2020.
Kes dibicarakan buat pertama kalinya pada tahun 2021, dan pada 22 April (semalam) merupakan sebutan pertama kes Ilhoon di hadapan Mahkamah Daerah Pusat Seoul.
Tak Selindung, Mengaku Guna Marijuana
- Foto – Instagram Jung Ilhoon @ilhoonmj
Dipetik dari Soompi, Ilhoon tanpa berselindung atau berdolak-dalik mengakui dirinya mengambil marijuana sekitar tahun 2016 dan 2019 seperti yang dibicarakan di hadapan mahkamah.
Semasa sesi perbicaraan Ilhoon diberi peluang untuk berbicara, dan menyatakan bahawa dirinya sangat menyesal dan memohon maaf terhadap apa yang telah berlaku. Selain Ilhoon, tujuh lagi individu lain juga mengakui kesalahan mereka di hadapan mahkamah.
Habiskan RM479K Untuk Marijuana
- Foto – Soompi
Difahamkan menerusi siasatan dan laporan dari Soompi, bekas ahli BTOB ini menghabiskan wang sebanyak 130 juta won atau lebih kurang RM479K untuk membeli marijuana seberat 826 gram.
Berdasarkan pengakuaan yang dibuat oleh Ilhoon bersama tujuh individu lain di hadapan mahkamah semalam (22 April 2021), perbicaraan kedua akan dilakukan pada 20 Mei 2021 ini nanti bagi mendengar keputusan mahkamah.
Dari Tujuh Ahli Jadi Enam
- Foto – Carrd
Berikutan skandal yang melanda Ilhoon pada pertengahan tahun 2020, Ilhoon membuat keputusan untuk keluar dari kumpulan boy group terkenal BTOB pada akhir tahun 2020.
Ilhoon telah bersama dengan BTOB sejak tahun 2012 sehinggalah tahun 2020, kumpulan yang dulunya tujuh orang kini menjadi enam orang.