Baru-baru ini Wanista tertarik dengan satu posting yang dibuat oleh seorang wanita mengenai rahsia untuk menghapuskan kulit berminyak.
Dikenali sebagai Yanie Rosdi, dia mengatakan petua ini jarang dilakukan oleh kebanyakan orang tetapi ia sangat berkesan.
Nak ikuti petua ini, kamu hanya perlukan tiga bahan sahaja. Dan bahan-bahan ini semuanya mudah didapati dan ada di dapur kamu.
Kalau kamu nak tahu rahsianya, teruskan membaca sampai habis okay?
Guna 3 bahan sahaja untuk masker yang ajaib!
“Jarang orang buat camni. Tapi sangat berkesan. Tak percaya cuba u buat sebelah muka dan tengok perbezaannya nanti.”
Nak sediakan masker ini sangat mudah kerana 3 bahan kebiasaannya ada di setiap rumah.
Bahan-bahannya:
- Oat
- Putih telur
- Lemon (optional)
Cara-caranya:
- Campur ketiga-tiga bahan sehingga menjadi bentuk pes.
- Kemudian sapukan campuran tersebut ke wajah dengan rata.
- Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit sehingga 45 minit atau biarkan sehingga kering.
- Akhir sekali bilas dengan air suam dan teruskan dengan rutin skincare kamu.
Untuk pengetahuan kamu, kamu boleh memilih sama ada mahu menggunakan buah lemon atau tidak kerana ia hanya memberi bau dan kesegaran sahaja.
Bagi mereka yang mahu memakai ketika tidur pun tiada masalah. Amalkan sebanyak 2 kali sehingga 3 kali seminggu untuk kesan yang lebih berkesan.
Oh, rupanya ini kebaikan bahan-bahan tersebut
Kalau kamu nak tahu, setiap satu bahan ini sebenarnya mempunyai kebaikannya sendiri pada wajah. Antaranya ialah:
- Putih telur berfungsi untuk mengecilkan pori, mencegah jerawat dan cyst. Malah bahan ini boleh membentuk lapisan pelindung di wajah bagi mengelakkan daripada terbakar akibat sinaran matahari.
- Oat mempunyai sifat antioksidan dan anti radang di mana ia boleh menyerap lebihan minyak pada kulit, membuang sel kulit mati dan merawat jerawat.
- Lemon boleh membantu dalam mengurangkan pengeluaran sebum dan buah ini mempunyai kualiti antiseptik yang boleh membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.
Senang saja betul tak? Dengan bahan-bahan yang sedia ada di dapur ini, lebih mudah untuk kamu hasilkan masker.
Nak cantik kena rajin untuk membelek wajah dan menjaganya. Sudah cuba nanti jangan lupa untuk kongsikan dengan Wanista.
Selamat beramal ♥