“Eh kau… orang makin susut, ini makin naik pula berat badan.”
Cuba lihat sendiri kesilapan kamu ketika imsak dan iftar. Semak semula tabiat semasa bulan puasa. Jangan biarkan ianya menjadi satu misteri, berat naik bulan puasa memang mengecewakan.
Baju raya dah beli, confident akan turun tapi aduhhh…
Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan berat seseorang naik mencanak pada bulan puasa.
Makan Banyak Ketika Sahur
Logik makan lebih banyak bererti kenyang lebih lama. Tak hairan ramai orang yang makan banyak kemiska sahur dengan tujuan memberi rasa kenyang lebih lama hingga saat buka puasa.
- Foto – Toronto Star
Tahu tak ia bukan jaminan untuk seseorang berasa kenyang sepanjang hari jika semua makanan dimakan itu tiada nilai untuk sistem tubuh.
Walhal sepatutnya kita perlukan makanan yang cukup nutrisi. Sebagai contoh, protein dan serat adalah dua komponen yang sangat berpengaruh terhadap rasa kenyang.
Tidur Semula Selepas Sahur
Memandangkan sahur dilakukan di pertengahan waktu tidur, ada yang akan kembali ke tempat tidur selesai makan sebelum memulakan kegiatan dan tugas seharian.
- Foto – Sarawak Voice
Tahukah faktor ini paling memberi kesan kepada penambahan berat badan. Setelah makan, sistem pencernaan di dalam badan memerlukan masa beberapa ketika untuk mencerna makanan serta dalam masa yang sama menyerap kandungan nutrien makanan ke dalam badan.
Ketika tidur, lebih-lebih lagi dengan posisi yang terlentang, sistem pencernaan menjadi sulit dan lambat bekerja. Pedih ulu hati dan rasa sakit dada akan terasa kerana kesan daripada gangguan sistem dalam badan.
Minum Banyak Air Manis
Ada orang ketagih kafein dan minuman dengan kandungan gula yang tinggi kerana mampu membuat diri lebih bertenaga. Perbuatan itu hanya akan meningkatkan kadar kalori, di samping kesan buruk kepada kesihatan secara keseluruhan.
- Foto – Malaysia Gazette
Pengambilan minuman manis yang berlebihan sememagnya tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan berat badan naik yang kemudian menyumbang kepada masalah kawalan gula dalam darah. Berat badan berlebihan adalah satu faktor risiko diabetes Jenis 2.
Nota : Diabetes Jenis 2 merupakan jenis kencing manis yang dialami oleh majoriti masyarakat iaitu sebanyak 90-95% daripada jumlah kes-kes kencing manis. Kebiasaannya pesakit tergolong daripada golongan dewasa atau warga emas tua serta kebanyakan pesakit adalah pesakit yang obes.
Antara faktor-faktor penyumbang kepada penyakit ini ialah kegemukan atau obesiti yang berpunca daripada gaya hidup tidak sihat dan diet yang tidak seimbang.
- Foto – Sehat
Jika kamu lakukan kesalahan ini, jangan hairan kalau berat badan makin bertambah dan mengecewakan kamu di pagi hari raya nanti.
Ingat, bila berbuka dan sahur sila beringat dan berpada-pada. Jangan main bantai semua makanan.