Vitamin C adalah nutrien dengan banyak fungsi penting dalam badan.
Ia terbukti membantu menguatkan sistem imun, membantu pengeluaran kolagen dan penyembuhan luka, dan bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel dari kerosakan radikal bebas.
Sumber makanan terbaik
Vitamin C merupakan vitamin larut air yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan normal dan membantu badan menyerap zat besi. Kerana badan tidak menghasilkan atau menyimpan vitamin C, penting untuk memasukkan vitamin C dalam makanan.
- Foto – Pinterest
Sumber vitamin C terbaik adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Contohnya, buah oren atau secawan strawberi, cili bengala, atau brokoli menyediakan cukup vitamin C untuk hari anda.
Vitamin C juga dikenali sebagai L-ascorbic acid atau ascorbic acid. Jumlah vitamin C yang diperlukan setiap hari bergantung pada usia. Sebagai contoh, seorang dewasa perlu mengambil lebih daripada 1,000 mg setiap hari, berbeza dengan wanita mengandung.
- Foto – Medical Clinic
Pengambilan vitamin c dalam dos yang tinggi daripada yang sepatutnya, dapat menimbulkan kesan sampingan pada kesihatan.
Dos yang sepatutnya kamu ambil
Walaupun vitamin C secara keseluruhan mempunyai risiko toksik yang rendah pada individu sihat, tetapi pengambilan terlalu banyak boleh menyebabkan kesan sampingan gastrousus, termasuk kekejangan, mual, dan cirit-birit.
Dipetik dari Harvard Health Publishing, dos vitamin yang disyorkan setiap hari untuk wanita yang sihat adalah 75 mg sehari (120mg sehari untuk wanita yang sedang hamil atau menyusu).
- Foto – Parenting
Bagi orang dewasa, upper intake level (UL) ialah 2,000 mg sehari (pengambilan harian tertinggi yang mungkin tidak menimbulkan risiko).
Berikut dos pengambil vitamin C mengikut usia:
- 400 mg : 1-3 tahun
- 650 mg : 4-8 tahun
- 1,200 mg : 9-13 tahun
- 1,800 mg : 14-18 tahun
- 2,000 mg : 19 tahun dan ke atas
Dipetik dari Mayo Clinic, jika mengambil dos tinggi katakanlah, lebih daripada 2,000 atau 3,000 mg sehari – boleh menyebabkan cirit-birit, loya, muntah, pedih ulu hati, kekejangan perut, sakit kepala dan insomnia.
Untuk orang dengan keadaan hati atau pembentukan batu karang kronik, atau gout, tidak boleh mengambil lebih daripada 1,000 mg sehari.
- Foto – VeryWell Health
Untuk mengelakkan kesan sampingan, jaga pengambilan vitamin C anda dalam UL yang ditetapkan.