Pada 17 April 2021 baru-baru ini, dunia media sosial dikejutkan dengan berita kemalangan YouTuber kecantikan Jeffree Star bersama kawan baiknya Daniel Lucas.
Bintang dunia kecantikan yang memiliki 16.5 juta pengikut di YouTube ini, berkongsi pengalaman ngerinya itu menerusi akaun Twitternya dengan memuatnaik beberapa foto dirinya dan Daniel yang terlantar di katil hospital dan menaip beberapa ciapan di Twitternya.
Nahas Dahsyat, Kereta Terbalik Sampai Tiga Kali
- Foto – Twitter Jeffree Star
Berdasarkan perkongsian Jeffree Star menerusi akaun Twitternya @jeffreestar, YouTuber kecantikan ini menyatakan kemalangan kereta yang dihadapi sangat serius dan kereta terbalik sampai tiga kali selepas terlanggar ais hitam.
Jeffree Star Patah Tulang Belakang, Kawan Baik Alami Komplikasi Rawatan
- Foto – Twitter Jeffree Star
Berdasarkan ciapan Jeffree Star di akaun Twitternya, dirinya menyatakan bahawa apa yang berlaku pada pagi kejadian merupakan pengalaman yang paling menakutkan dalam hidupnya.
Menerusi ciapan di Twitter, Jeffree memaklumkan bahawa dirinya mengalami kecederaan patah tulang belakang dan doktor memaklumkan kecederaannya itu akan mengambil masa beberapa bulan untuk putih sepenuhnya.
- Foto – Twitter Jeffree Star
Manakala kawan baiknya Daniel Lucas mengalami cedera dalam dan menghadapi komplikasi dalam mendapatkan rawatan kerana kawan baiknya itu merupakan pesakit kolon yang berjaya melawan kanser tersebut sebanyak tiga kali.
Oleh itu, pihak hospital harus memantau Daniel 24 jam seminggu bagi memantau sebarang komplikasi dan organ dalamannya.
Bersyukur Pada Ketahanan Besi Kereta Rolls Royce
- Foto – Twitter Jeffree Star
Selain itu, Jeffree turut menyatakan meski kemalangan yang dihadapi sangat teruk tetapi dirinya tetap bersyukur masih bernafas dan menyatakan syukur juga terhadap ketahanan besi kereta Rolls Royce miliknya yang mana menyelamatkan nyawanya dan Daniel dalam nahas dahsyat itu.
- Foto – Twitter Jeffree Star
- Foto – Twitter Jeffree Star
Jeffree Berehat Untuk Pulih Sepenuhnya, Daniel Terbang Ke Las Vegas
- Foto – Twitter Jeffree Star
Hari ini di Twitternya Jeffree berkongsi berita terkini yang dirinya sedang berehat untuk pulih dari kecederaan kemalangan, dan dalam masa yang sama mengumumkan pelancaran warehouse Star Lounge miliknya secara rasmi telah dibuka hari ini dan sedia untuk perkhidmatan penghantaran.
Manakala kawan baiknya Daniel diterbangkan ke hospital pakar di Las Vegas untuk menjalani pembedahan di sana, dan Daniel juga sempat memberi ciapan di akaun Twitternya @daniellucasox yang dirinya ingin kembali sihat semula.
Kredit: Twitter Jeffree Star