Siapa dekat sini suka pakai boxer sahaja bila duduk di rumah? Memang selesa betul tak?
Sama seperti Wanista, sebelum ini sangat susah nak mencari boxer untuk wanita. Kebanyakannya dijual khas untuk lelaki sahaja.
Sekarang tak lagi susah kerana BOXO telah mengeluarkan boxer unisex. Tak kiralah lelaki atau perempuan, kedua-duanya boleh pakai boxer ini.
Tapi sebelum itu, Wanista nak kongsikan serba sedikit mengenai jenama ini dan apa yang kamu perlu tahu mengenainya.
BOXO: Dari Industri Perabot Beralih Kepada Industri Pakaian Dalam
Struggle disebabkan oleh pandemik, pengasas BOXO iaitu Alvin Ting Heng Hang dan Pang Kwan How (Billy) telah mengambil keputusan untuk beralih perniagaan.
Menceburi industri perabot pada awalnya, pengasas jenama ini telah nekad untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencipta BOXO iaitu pakaian dalam boxer unisex.
Dijual secara dalam talian, pengasas ini telah melihat industri pakaian dalam sebagai sebuah industri ‘panas’ apabila ramai yang mula bekerja dari rumah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Idea untuk memulakan perniagaan boxer ini terbit semasa kami sedang bercuti di Thailand dan Taiwan pada awal tahun 2019. Di sana ada banyak kedai menjual baju dan boxer dalam pelbagai jenis corak yang unik.
Pada ketika itulah kami tertarik dengan keunikan boxer mereka. Tak sama seperti di kedai biasa, boxer mereka mempunyai corak dan padanan warna yang unik dan bergaya”, ujar Alvin.
Baginya perniagaan ini unik untuk diteruskan kerana kebanyakan orang akan memilih pakaian dalam yang bergaya sama seperti pakaian luar harian mereka.
Ubah Persepsi Masyarakat Dan Cipta Boxer Unisex
“Boxer memang dicipta untuk lelaki, tetapi semakin dunia berkembang persepsi itu perlu diubah.”
Menurut Billy tak kiralah apa sahaja barangan lelaki, wanita mesti mahu berkongsi barangan itu dengan pasangan mereka.
IKLAN
Sama ada pengecas telefon, sikat rambut, minyak wangi ataupun tuala, semuanya mahu dikongsi bersama. Dan boxer juga merupakan salah satu barang yang sering dikongsi.
Melihatkan hal ini sering berlaku, Billy dan Alvin berpendapat bahawa boxer jenama mereka perlu direka secara unisex.
“Wanita juga boleh pakai boxer ini dan berasa selesa dengannya. Melalui boxer unisex ini, tak akan ada masalah berebut di antara pasangan lagi”, ujar Billy.
Jenama BOXO Mahu Tampil Lain Daripada Yang Lain
Tak sama seperti boxer yang dijual di pasaran, jenama ini telah memberi sentuhan yang eksklusif dan direka dengan teliti bagi memberikan personaliti kepada si pemakai.
“Tiada jenama yang eksklusif di pasaran yang menjual boxer bercetak kecuali jualan lambak di Shopee atau Lazada. Dengan memakai boxer bercetak kami, pakaian dalam ini mampu ceriakan hari-hari kamu terutamanya ketika musim pandemik ini”, kata Alvin.
Disebabkan tiada jenama atau pasaran yang menjual boxer bercetak, BOXO telah mengambil peluang ini untuk tampil berbeza daripada boxer lain.
“Nak Beli Boxer Bercetak, Ingat BOXO”
Mencipta identiti sebagai boxer bercetak yang eksklusif, kedua-dua pengasas ini harapkan jenama mereka sentiasa bermain di fikiran orang ramai apabila mahu membeli boxer.
“Kami tahu industri ini tidak boleh fokus pada satu produk sahaja kerana ramai yang mencari ‘sesuatu’ yang baru dan segar.”
Selain itu, jenama ini sentiasa berkembang dengan idea-idea yang baru untuk memenuhi permintaan dan pasaran yang lebih besar pada masa akan datang.
Walaupun BOXO makin berkembang, jenama ini juga mahu mengekalkan ciri keselesaan pada pelanggan mereka tanpa perlu menjejaskan citarasa fesyen.
Boxer unisex ini dijual secara dalam talian sahaja. Bagi kamu yang mahu membelinya, boleh lakukan pembelian di laman web rasmi [SINI] mereka.
Nak pakai boxer sedondon dengan pasangan? Cepat beli boxer bercetak ini sebelum sold out!