Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

by Lisa AG
April 15, 2021
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

56
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Macam mana dengan puasa anda semua, okay tak?

Team Wanista harapkan semua berjalan dengan baik dan diberkati oleh-Nya. Memandangkan sekarang setiap petang cuaca tidak menentu dengan hujan lebat dan ribut, jadi belum berkesempatan ke bazar ramadan.

Tapai, kalau boleh memang nak singgah cari juadah rare macam air katira atau bubur lambuk yang hanya ada masa puasa saja. Rugi tak cuba keenakan makanan-makanan ini. Nak tahu apa, teruskan membaca okay.

Manisan Nekbat

Foto – Shopee

Manisan Pantai Timur, diperbuat daripada tepung beras dan telur. Uniknya, bila dah masak persin kuih bahulu, nekbat akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut.

Air Katira

Foto – Air Katira Nilai

Warna hijaunya memang buat orang tergodakan. Minuman ini sangat popular di negeri Johor dan mempunyai macam-macam versi resepi. Resepi air katira asli terhasil daripada jenis buah-buahan, antaranya getah anggur (katira), kembang semangkuk, kismis, badam, kurma dan susu segar.

Bubur Lambuk

Foto – Ambe Anok Setiu

Bulan puasa kalau tak makan bubur lambuk, memang tak sah. Bubur lambuk ada macam-macam versi resepi mengikut negeri. Di Terengganu banyak diletaknya sayur ulam, manakala di Selangor dan Kuala Lumpur pula murah dengan daging dan ayam.

IKLAN

Ayam Tempayan

Foto – Kelantan Warisan Network

Tengok gambar pun dah menyelerakan. Ayam tempayan ini memang dapat masa bulan puasa. Kerana proses pembuatan yang rumit, kena ada tempayan jadi untuk hari-hari biasa sukar didapati. Yang sedap ialah sosnya yang manis pedas menyelerakan.

Lompat Tikam

Foto – Kelantan Warisan Network

Ramai betul dah handal membuat lompat tikam, banyak kita lihat resepi tular di media sosial. Manisan lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya berwarna hijau di bawah dan lapisan santan warna putih di bahagian atas, dimakan bersama air gula.

Nasi Ulam

Foto – Resepi Bonda

Pernah mana tak? Nasi ulam merupakan hidangan nasi kukus yang dicampur dengan herba cincang seperti daun kaduk, pucuk gajus, bawang, kerisik dan ada juga yang tambahkan ikan goreng cincang, mengikut versi resepi masing-masing.

Jala Mas

Foto – Kentang Kacang

Terpesona melihat warna kuning keemasanya. Proses menyediakan manisan ini sangat rumit, rasanya lemak manis dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula. Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak.

Roti John

Foto – mStar

Bukan rare tapi selalu ada masa bulan puasa, ibarat menu wajib. Merupakan roti sandwich, dan bahan-bahan nak menyediakannya ialah daging cincang (ayam atau kambing), bawang, telur, sos tomato-chili dan roti baguette.

Ada lagi ke? Ini menu rare yang biasa dibuat setiap negeri. Mungkin dekat negeri anda lain atau sesuatu yang baru, bolehlah kongsikan dengan Wanista.

Tags: juadah rare bulan puasajuadah rare ramadanmakanan bazaar ramadanmenu rare ramadan
Share22SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

December 31, 2021
Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

December 30, 2021
“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

December 28, 2021
Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

December 27, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.