Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

7 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Ibu Hamil Di Bulan Ramadan

by Lisa AG
April 14, 2021
Foto - Kingdomofbaby

Foto - Kingdomofbaby

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Wanita hamil dan yang menyusukan anda, antara golongan istimewa yang diberikan keringanan oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa.

Tetapi ada wanita hamil yang memilih untuk melaksanakan ibadah ini. Ulama Islam juga berpendapat wanita hamil patut berpuasa sekiranya kesihatan mereka mengizinkan.

Puasa Dari Sudut Perubatan

Tapi bagaimana pula sudut perubatan? Elok ke tidak? Dari sudut perubatan, berpuasa secara keseluruhannya dibolehkan dan selamat untuk wanita hamil dan bayi. Walau bagaimanapun, ada sebabnya diberikan kelonggaran dari berpuasa.

Foto – Babycentre

Perlu diketahui, paras kandungan gula dalam darah wanita hamil ketika berpuasa adalah lebih rendah berbanding wanita yang tidak hamil kerana darah ibu perlu sentiasa membekalkan gula glukos kepada bayi.

Ini menyebabkan ibu hamil lebih cepat letih dan merasa loya dan muntah-muntah terutama di awal usia kehamilan. Di samping itu, kekurangan air atau dehidrasi juga menambahkan risiko wanita hamil untuk mendapat darah beku kerana kepekatan darah adalah lebih tinggi semasa hamil.

Pada yang berpuasa, berikut tips pemakanan boleh diberi penekanan. Ingat, kalau tak larat, jangan paksa diri.

Labu

Buah labu sangat sihat kerana kurang kalori, melambatkan kelaparan dan kandungan air sangat tinggi (94%), sekaligua mengurangkan hidrasi.

Kurma

Foto – Pinterest

Kurma mengandungi lemak sangat rendah, kaya dengan vitamin dan mineral. Sumber terbaik untuk serat makanan bagi memberi tenaga, lebih-lebih lagi ketika berpuasa.

IKLAN

Tembikai

Tembikai sangat membantu agar kekal sihat dan cergas. Ia sumber serat dan kaya dengan air (99%) dan bagus untuk yang berpuasa kerana membantu menghilangkan sakit perut dan gastrik.

Susu

Foto – Times of India

Susu mengandungi kalsium dan protein yang sangat tinggi. Minumlah sepanjang puasa, ianya membantu anda kekal sihat dan bertenaga. Minum ketika sahur dan puasa.

Madu

Madu mengandungi flavonoid dan antioksida yang tinggi dan boleh bertindak sebagai pemanis semula jadi. Ia juga boleh menambahkan tenaga. Amalkan makan 2 sudu sehari.

Anggur

Foto – Produce Geek

Buah anggur membantu membersihkan darah, memberi kesihatan yang baik, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut. Anggur sesuai dijadikan snek sihat dan pencuci mulut ketika berpuasa.

Barli

Minuman paling sesuai untuk menyejukkan badan dan membantu mengawal kandungan glukosa dalam badan. Ia sesuai untuk pesakit diabetes malah barli dikatakan ubat penyakit jantung dan buah pinggang.

Yang penting, tidak perlu memaksa diri untuk berpuasa sekiranya tidak mampu. Berpuasa atau tidak, wanita hamil hendaklah sentiasa menitik beratkan kesihatan demi kebaikan diri dan anak dalam kandungan.

RUJUKAN : 1, 2

Tags: ibu hamilibu hamil ketika puasaibu hamil ketika ramadanibu hamil puasapuasa bulan ramadanwanita hamil
Share6SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Sakit Bawah Ari-Ari? Ibu Mengandung Boleh Cuba Buat Begini
Keibubapaan

Sakit Bawah Ari-Ari? Ibu Mengandung Boleh Cuba Buat Begini

January 5, 2022
Sebut 3 Ayat ‘Magik’ Depan Si Kecil, Dia Akan Membesar Jadi Anak Yang Hebat
Keibubapaan

Sebut 3 Ayat ‘Magik’ Depan Si Kecil, Dia Akan Membesar Jadi Anak Yang Hebat

December 20, 2021
“Yes! Dah Buka Balik!”- Mak Ayah Perlu Tahu Ini Yang Best & Terbaru Di KidZania Kuala Lumpur
Keibubapaan

“Yes! Dah Buka Balik!”- Mak Ayah Perlu Tahu Ini Yang Best & Terbaru Di KidZania Kuala Lumpur

November 27, 2021
Keibubapaan

Anak Kerap Menangis Sampai Timbul Urat Hijau Antara Hidung & Mata, Apa Maksudnya?

November 23, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  4. 4

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.