Memang perlu kesabaran dan banyak masa untuk mendapatkan glass skin kerana ia memerlukan pelbagai langkah dalam rutin penjagaan wajah.
Jika kamu seorang yang tidak sukakan membuang masa terlalu lama melakukan rutin tersebut tapi mahukan hasil glass skin, jangan risau ada caranya.
Viral di TikTok, seorang wanita menunjukkan cara yang mudah untuk mendapatkan hasil glass skin dengan hanya menggunakan 4 produk dalam koleksi mekap kamu.
Hanya Guna 4 Produk Asas Dalam Koleksi Mekap Wanita!
Untuk pengetahuan kamu glass skin ini merupakan trend kecantikan di Korea iaitu apabila seorang wanita mempunyai kulit yang sempurna dalam memantulkan semula cahaya di wajahnya.
Menerusi perkongsian yang ringkas oleh seorang wanita dari Kanada ini, kamu hanya memerlukan 4 produk asas yang akan dicampurkan bersama.
Bahan-bahan:
- Foundation
- Primer
- Pelembap
- Liquid highlighter
Cara-caranya:
- Di atas mixing plate, letakkan dua titis pelembap sebelum meletakkan foundation dalam titis yang sedikit di sebelahnya.
- Kemudian letakkkan primer dan liquid highlighter dalam titisan kecil.
- Menggunakan silicone flat brush, campurkan keempat-empat bahan yang diletakkan di atas mixing plate tersebut.
- Selepas itu, ambil flat foundation brush dan sapu campuran tersebut di seluruh wajah dalam lapisan yang ringan sahaja dan siap!
https://www.tiktok.com/foryou?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=6918175481489591557#/@gwmakeup/video/6918175481489591557
Dengan menggunakan kaedah ini, memang menjimatkan banyak masa daripada kamu terpaksa menunggu produk kamu set pada wajah untuk setiap lapisan.
Selain Cara Ini, Pakar Kongsi Alternatif Lain
Sekiranya kamu tidak mahu menggunakan trik yang dikongsi oleh wanita tersebut, kamu juga boleh menggunakan alternatif lain yang dikongsi oleh pakar.
Langkah untuk dapatkan glass skin:
- Menjalani diet yang sihat dan seimbang setiap hari.
- Lakukan double cleansing, iaitu bersih wajah guna pembersih berasaskan minyak dan pembersih untuk buangkan solekan dan kotoran.
- Exfoliate kulit 2 kali seminggu untuk buangkan kulit mati, blakheads dan whiteheads.
- Gunakan essence untuk berikan cahaya semula jadi dan melembapkan.
- Sapukan serum atau face oil mengikut jenis kesesuaian kulit dan masalah kulit.
- Wajib gunakan pelembap untuk kekalkan kelembapan wajah sepanjang masa.
- Penggunaan sunscreen sangat penting untuk menghalang wajah dirosakkan oleh cahaya UVA, matahari dan sebagainya.
Apa Kata Orang Ramai Mengenai Trik Ini?
Bagi kebanyakan pengguna TikTok, ramai yang mengatakan, kamu perlu mempunyai kulit yang sempurna untuk mendapatkan glass skin.
Ada juga yang mengatakan wanita Korea sememangnya memiliki kulit yang cantik dan flawless secara asli.