Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Ramadan & Aidilfitri

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

by Mas Idayu
April 11, 2021
Foto - Liputan6

Foto - Liputan6

35
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ramadan dan solat sunat tarawih berpisah tiada, bulan ramadan merupakan bulan yang paling dinantikan dan dirindui oleh semua umat Islam.

Menyentuh soal solat sunat tarawih, rata-rata masyarakat muslim akan lebih memilih untuk melakukan ibadah solat sunat ini di rumah bersama ahli keluarga masing-masing.

Pilihan ini dibuat bagi menjaga SOP sepanjang bulan ramadan, disamping mengumpul pahala bersama ahli keluarga tercinta.

Hukum Dan Waktu Solat Sunat Tarawih

Foto – Harian Metro

Hukum melakukan solat sunat tarawih ini adalah sunat muakkad, yang bermaksud ibadah yang sangat dituntut untuk dikerjakan oleh wanita dan lelaki Islam pada setiap malam dalam bulan ramadan sama ada berjemaah atau berseorangan.

Biasanya solat sunat tarawih dilaksanakan, selepas menunaikan solat Isyak dan solat sunat ba’diah dua rakaat.

Berapa Rakaat Mengerjakan Solat Sunat Tarawih?

Foto – Keluarga

Apabila mengerjakan solat sunat tarawih di rumah, masing-masing akan menjadi lebih selesa dan bebas untuk melakukan solat sunat tersebut mengikut kemampuan serta keadaan keluarga masing-masing.

Jumlah keseluruhan solat sunat tarawih adalah sebanyak 20 rakaat, dan 8 rakaat adalah jumlah minima yang biasa kebanyakan umat Islam laksanakannya sama ada di masjid atau di rumah.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tarawih

Foto – Majlis Ulama ISMA

Niat

  • Solat bersendirian: “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
  • Solat sebagai imam/makmum: “Sahaja au solat sunat tarawih dua rakaan imam/makmum kerana Allah Ta’ala”

Solat Sunat Tarawih 8 Rakaat, 4 Salam

IKLAN

Solat sunat tarawih dikerjakan dengan setiap dua rakaat dan satu salam, solat sunat yang ditunaikan hendaklah dilakukan sehingga genap jumlah lapan rakaat bersama empat salam.

  • Rakaat pertama: Baca surah al- Fatihah dan surah al-Takathur
  • Rakaat kedua: Baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas
  • Rakaat ketiga: Baca surah al-Fatihah dan surah al-Asr
  • Rakaat keempat: Baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas
  • Rakaat kelima: Baca surah al-Fatihah dan surah al-Humazah
  • Rakaat keenam: Baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas
  • Rakaat ketujuh: Baca surah al-Fatihah dan surah al-Fiil
  • Rakaat kelapan: Baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas

Nota: bermula pada malam ke-16 hingga akhir ramadhan digalakkan membaca surah al-Qadr pada rakaat pertama, dan pada rakaat kedua membaca surah al-Takathur hingga surah al-Fiil.

Solat Sunat Witir Sebagai Penutup

Foto – Liputan6

Solat sunat witir dilakukan selepas selesai solat sunat tarawih, solat sunat witir dilakukan dengan tiga rakaat dengan dua salam.

Niat

  • Dua rakaat: “Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala”
  • Satu rakaat: “Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala”

Bacaan Dalam Solat Sunat Witir

  • Rakaat pertama: Baca surah al-Fatihah dan surah al-A’la
  • Rakaat kedua: Baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun
  • Rakaat ketiga dan yang terakhir: Baca surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah al-Nas

Nota: bermula pada malam ke-16 hingga malam terakhir ramadhan disunatkan membaca doa qunut untuk rakaat terakhir solat sunat witir.

Semoga ibadah dalam bulan puasa ini nanti, diterima dan diredhai Allah S.W.T. Selamat beramal!

Rujukan: 1, 2, 3,

Tags: bacaan dalam solat sunat tarawihcara solat sunat tarawihramadhansolat sunat tarawihsolat sunat witirsop ramadhan
Share14SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Rebut Malam Lailatul Qadar, 5 Kebaikan Yang Cukup Istimewa
Ramadan & Aidilfitri

Rebut Malam Lailatul Qadar, 5 Kebaikan Yang Cukup Istimewa

May 4, 2021
Tak Sabar! Hari Raya Aildilfitri Lebih Meriah Dan Bermakna Bersama Marks & Spencer
Ramadan & Aidilfitri

Tak Sabar! Hari Raya Aildilfitri Lebih Meriah Dan Bermakna Bersama Marks & Spencer

April 29, 2021
Berbuka Puasa Dengan Juadah Istimewa Chef Wan Bersama SmartBite
Ramadan & Aidilfitri

Berbuka Puasa Dengan Juadah Istimewa Chef Wan Bersama SmartBite

April 27, 2021
Megherlip Pagi Raya, 8 Barang Kemas ‘Bestseller’ Dari Swarovski Harga Bawah RM400
Ramadan & Aidilfitri

Megherlip Pagi Raya, 8 Barang Kemas ‘Bestseller’ Dari Swarovski Harga Bawah RM400

April 21, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  4. 4

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.