Kamu tak ada masa nak bersiap lama, cuba look mudah tanpa menggunakan foundation ini. Kamu hanya perlukan 10 minit saja untuk menyiapkan diri. Tapi hasil tetap cantik dan flawless macam mekap penuh.
Mekap 10 Minit Mudah Cantik Berseri
https://www.instagram.com/tv/CCsn5sHA6If/?utm_source=ig_embed
- Mula-mula, prep wajah sepenuhnya supaya lembap dan terlindung dari sinaran entari yang boleh merosakkan kulit.
- Skip foundation, gunakan concealer di tempat-tempat yang anda tutup sebarang cela. Blend dengan beauty blender untuk sekatakan kulit agar tidak bertompok.
- Dap dengan finishing powder supaya tak nampak kulit berminyak. Dalam masa yang sama memberi kemansan yang bercahaya tapi masih nampak matte.
- Untuk mata pula, Khushi gunakan eyeshadow warna peach orange, nampak ceria dan muda.
- Seterusnya, teknik contouring pada tulang pipi. Ia bukan sahaja mengenai memberi ilusi wajah runcing tapi bisa mengubah warna dan bentuk bayangan wajah.
- Nak nampak lagi berseri, jangan lupa sapukan pemerah pipi. Letak di hidung sekali supaya nampak kemerahan comel di situ.
- Untuk mendapatkan mekap yang segar dan hidup bertambah-tambah glowing ialah highlighter. Teknik ini berikan kesan bercahaya dan dewy.
- Kening adalah elemen kecantikan penting yang sering dititik berat dalam dunia mekap. Kening yang kemas dapat merubah penampilan seseorang. Jadi, kemaskan kening menggunakan eyebrow gel atau pensil, ikut citaras masing-masing.
- Akhir sekali, bibir dioles dengan gincu. Calit di tengah-tengah bibir dan sekatakan guna jari. Untuk nampak bibir merah natural.
Dah siap, penampilan anda yang kusam terlihat lebih menarik dan berseri. Barulah orang yang melihat impress.
Selamat Mencuba!