Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

by Sofie Azizlan
April 11, 2021
Foto - Eat This, Not That

Foto - Eat This, Not That

8
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memang tak dinafikan setiap wanita sangat risaukan penampilan mereka terutamanya apabila wajah mula menunjukkan tanda-tanda penuaan.

Berbeza dengan dahulu, zaman sekarang lebih mudah untuk kamu dapatkan penyelesaian seperti produk dan rawatan untuk membantu mengelakkan tanda penuaan dan penuaan pramatang.

Kali ini, Wanista akan kongsikan dengan kamu 6 jenis supplement yang patut kamu ambil dari sekarang untuk ‘bantutkan’ proses penuaan daripada berlaku.

Kolagen 

Kerap kali mendengar mengenai kolagen, ia adalah salah satu sumber untuk seseorang individu kelihatan muda dan mengurangkan penampilan penuaan di kulit.

Kalau kamu nak tahu, semakin usia bertambah, semakin lambat kolagen dihasilkan.

Foto – Vital Proteins

Ketika ini, kebanyakan orang akan cepat kehilangan kolagen dan ia akan menyebabkan tanda penuaan seperti kedutan berlaku dengan cepat.

Jika kamu mula nampak tanda-tanda tersebut, kamu boleh mengambil supplement yang mengandungi kolagen untuk membantu elakkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan kulit kering.

Vitamin C

Untuk pengetahuan kamu, Vitamin C berupaya mengurangkan tekanan oxidative pada sel dalam badan di mana ia membantu sel tersebut ‘tumbuh’ dengan normal.

Foto – Blackmores / Nature’s Bounty

Selain daripada itu, vitamin juga membantu sel untuk menjana semula dan menghasilkan kulit lebih sihat, mengurangkan kedutan dan menjadikan kamu lebih bertenaga.

Sesuai untuk mereka yang mula nampak kulit makin kusam, ambil supplement berasaskan Vitamin C seperti yang disyorkan oleh doktor atau ahli farmasi yang berdaftar.

Vitamin E 

Nak  mencegah kulit daripada mengalami kerosakan dan kusam? Vitamin E boleh membantu kamu.

Berdasarkan penyelidikan, Vitamin E mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang penting untuk pertumbuhan semula kulit dan penggantian sel.

Foto – Product Nation / Blackmores

Di mana sekiranya sel-sel kulit mula mati dan mengalami kemerosotan, sel-sel yang terbentuk oleh Vitamin E ini akan menggantikannya.

Dalam pada masa yang sama, vitamin ini juga berupaya untuk melindungi kulit kamu daripada terkena sinaran UV yang boleh membentuk kedutan dan kerosakan persekitaran.

Glucosamine 

Mengambil satu supplement glucosamine sehari boleh membantu kamu mengurangkan garis-garis halus dan pembentukan kulit yang kendur.

Foto – Watsons / Blackmores

Seiring dengan itu, glucosamine juga dapat mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki penghidratan kulit dan mengurangkan kedutan apabila kamu mengambilnya sebagai supplement tambahan.

Coenzyme Q10 

Sama seperti Vitamin C dan Vitamin E, Coenzyme Q10 ini merupakan nutrien yang membantu kesihatan dan penampilan keseluruhan kulit.

Foto – Watsons

Seperti antioksidan yang lain, Coenzyme Q10 ini dapat membantu sel bertukar dan mengurangkan kerosakan sel.

Menurut kajian yang dilakukan di Jepun, orang dewasa yang mengambil Coenzyme Q10 ini mengalami kesan dalam pengurangan dan kedalaman kedutan selepas dua minggu pengambilannya.

Polypodium Leucotomos Extract (PLE)

Menurut kajian Journal of Photochemistry dan Photobiology, Polypodium Leucotomos Extract ini berasal dari pokok pakis yang ditemui di Amerika Tengah.

Fungsi ekstrak ini adalah untuk membina dan memulihkan kolagen bagi mengelakkan kulit menjadi kedut dan kendur.

Foto – Super Smart / UTILA

Kalau kamu nak tahu, ekstrak ini juga berupaya mencegah kerosakan matahari dengan meningkatkan dos sinaran UV yang diperlukan untuk elakkan kulit daripada terbakar dan mengalami risiko kanser kulit.

Nak kelihatan sentiasa muda dan mengelakkan penuaan dan penuaan pramatang tak susah sebenarnya.

Selain daripada pemakanan yang seimbang, pengambilan supplement tambahan sebagai alternatif untuk mengurangkan penuaan juga diperlukan oleh setiap orang.

Jadi, ambil supplement yang sesuai mengikut keutamaan kulit kamu. Jika tidak tahu yang mana satu, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar terlebih dahulu.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: cara cegah penuaansupplement anti agingsupplement cegat penuaansupplement tambahan penuaantanda penuaan kulit
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Beauty Crew
Kecantikan

Musim Panas, Apa Kata Kamu Cuba Solekan Reverse Cat Eye

by IamLisa
May 24, 2022
0

Musim panas ini apa kata cuba solekan yang fun dan ceria. Pernah dengar tentang solekan mata 'Reverse Cat Eye'? Solekan...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kecantikan

Bulu Mata Tak Lagi Gugur & Pendek Lepas Guna Eyelash Serum Jenama Ini

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Nak tahu tak kebiasaannya bila wanita nak bulu mata mereka lebat dan lentik, ramai yang akan gunakan eyelash extension atau...

Baca Lagi
Foto - Arkib DIVA
Kecantikan

Kalau Taknak Botak, Jaga Rambut Guna SAFI Shayla Tonik, #DIVAKongsi Caranya!

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Masalah keguguran rambut ini bukan hanya menjadi masalah lelaki saja, malah wanita pun turut alami masalah yang sama. Lebih-lebih lagi...

Baca Lagi
Foto - Ainz & Tulpe
Kecantikan

Eksklusif: 3 Kosmetik Terkemuka Ada Di Ainz & Tulpe Pavilion Bukit Jalil

by IamLisa
May 23, 2022
0

Pernah berkunjung ke Ainz & Tulpe ketika berada di Jepun? Sekarang, Ainz & Tulpe mengalu-alukan kamu semua ke gedung pertamanya...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.