Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Pergi Taco Bell Cyberjaya, Selain Taco Ini Yang Kamu Perlu Cuba

by Sofie Azizlan
April 9, 2021
Foto - KL Foodie

Foto - KL Foodie

7
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau sebelum ini hanya mampu lihat di kaca televisyen sahaja. Tetapi sekarang Taco Bell sudah membuka cawangan pertamanya di Cyberjaya.

Francais ini memang terkenal dengan makanan Mexico yang asli dan menu signature yang sering dipesan oleh orang ramai adalah taco.

Ketika mengunjungi francais ini, kamu patut mencuba beberapa menu yang lain selain taco. Memang nampak sangat menggiurkan dan sedap!

Taco Supreme 

Foto – Taco Bell

Untuk memesan menu Taco Supreme ini, kamu boleh pilih sama ada mahukan taco yang lembut ataupun crispy. Kemudian, taco ini juga digabungkan dengan daging yang diperap, cheddar cheese, krim masam dan tomato yang segar.

Chocodilla

Foto – KL Foodie / Blend With Spices

Selain daripada Cinnamon Twist, kamu juga boleh mencuba pencuci mulut ini yang terdiri daripada tortilla yang diisi dengan coklat gelap yang cair.

Bell Rice Bowl 

Sesuai dengan tekak orang tempatan, Taco Bell juga menyediakan menu yang berasaskan nasi.

Foto – Vulcan Post

Bell Rice Bowl ini terdiri daripada nasi rempah, sambal, sayur-sayuran, kacang hitam yang diperap dan pilihan protein kamu seperti ayam atau daging. Dan kamu juga akan mendapat kerepek nachos sebagai makanan tambahan.

Loaded Nachos 

Memang wajib pesan! Loaded Nachos ini sesuai dikongsi sekitar 2 sehingga 3 orang.

Foto – Foodie vs the World

Menu ini dilengkapi dengan kejur cair, krim masam dan guacamole. Jika mahukan sedikit kelainan, kamu juga boleh tukarkan nachos kepada kentang goreng.

Cinnamon Twist 

Sesuai untuk mereka yang mempunyai sweet tooth, Cinnamon Twist ini adalah puff corn yang ditaburkan dengan gula dan kayu manis.

Foto – Free Malaysia Today

Mempunyai rasa seakan-akan churros, Cinnamon Twist ini boleh dijadikan sebagai menu tambahan bagi mereka yang mengunjungi Taco Bell ini.

Power Menu Bowl 

Nak cuba menu yang sihat dan bebas daging? Power Menu Bowl ini disediakan untuk individu vegetarian dan mahu makanan yang sihat.

Foto – Taco Bell

Melalui menu ini, kamu boleh sesuaikan hidangan berdasarkan pilihan makanan kegemaran seperti sayur-sayuran, keju dan sebagainya. Nak lagi sedap, tambahkan topping di atasnya!

Grilled Stuff Burrito 

Bagi yang mahukan sesuatu yang ringan, Grilled Stuff Burito ini patut ada dalam pilihan kamu.

Foto – KL Foodie

Diperbuat dengan tortilla, menu ini mengandungi ayam panggang, nacho cheese, sayur dan pico de gallo salsa. Memang menyelerakan!

Kickin’ Chicken Tacos

Tak boleh makan kalau tak ada rasa pedas? Menu ini memang patut kamu pesan kalau ke Taco Bell.

Foto – Soya Cincau

Kickin’ Chicken Tacos ini mempunyai ayam yang sangat pedas digabungkan dengan pico de gallo salsa dan sayur segar. Makan ini, memang kamu akan ‘terbakar’ selepas itu.

Crunchwrap Supreme 

Dihidangkan dengan tortilla panggang yang digabungkan dengan pilihan protein kamu (ground chicken, ayam panggang atau kacang hitam), sos keju, crunchy taco, krim masam, sos pedas dan sayur-sayuran.

Foto – Soya Cincau / KL Foodie

Menu yang ikonik ini didatangi dalam bentuk six-sided wrap yang menyenangkan kamu untuk memakannya tanpa ragu-ragu.

Memang nampak sangat menyelerakan menu-menu di francais ini. Bagi yang belum pergi ke Taco Bell, kamu patut pergi mencubanya kerana menunya sangat berbaloi dan tak rugi untuk dibeli.

Selamat mencuba ♥

Tags: apa nak pesan di taco bell cyberjayamenu di taco bell cyberjayamenu popular taco bell cyberjayaramai pesan menu taco bell cyberjayataco belltaco bell cyberjaya
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Sofie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

by IamLisa
December 27, 2021
0

foodpanda sediakan pelbagai tawaran menarik sambutan akhir tahun yang pasti membawa kegembiraan dan keseronokan pada anda semua. "Kami begitu teruja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.