Kamu rasa mahu makan makanan Cina tapi tak tahu restoran mana yang mempunyai sijil halal dan menyediakan makanan yang enak?
Jangan risau, Wanista akan kongsikan beberapa buah restoran yang best dan sedap, paling penting halal untuk kamu makan bersama keluarga ataupun rakan.
Hanya di sekitar Kuala Lumpur sahaja, beberapa restoran Cina Muslim ini memang tak akan mengecewakan kamu!
RESTORAN OPIUM KL
Terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, Restoran Opium KL ini pasti akan mengingatkan kamu pada zaman dahulu melalui hiasan dalaman dan orientalnya.
Selain makanan Cina, kamu juga boleh menikmati makanan Barat seperti Curry Spaghetti with Salmon atau Stream&Steam iaitu ikan bakar dan tempurung ketam yang lembut.
Alamat: 50, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Isnin-Sabtu [12–2:30pm, 5pm–12am] | Ahad [5pm-12am]
RESTORAN MOHD CHAN
Memang ramai orang akan cuba cadangkan Restoran Mohd Chan kepada mereka yang mahu menikmati makanan Cina.
Menyediakan pelbagai menu yang menarik dan sedap, kamu boleh pilih sama ada mahu makan makanan berasaskan nasi atau mi di restoran ini.
Alamat: 59 – 60, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Setiap Hari [11am-11pm]
RESTORAN GOLDEN VALLEY
Terkenal dengan makanan Cina yang sangat sedap dan tidak mengecewakan, restoran Cina Muslim ini menawarkan pelbagai jenis menu hidangan yang sangat menyelerakan.
Antara menu yang popular di restoran ini adalah Kong Po Chicken Yam Basket, Black Pepper Beef in Hotplate dan paling ramai suka adalah Chilli Crab.
Alamat: 310, Lorong Selangor, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Waktu: Isnin- Jumaat [11:30am–3pm, 6pm–10pm] | Sabtu-Ahad [6pm–10pm]
RESTORAN DOLLY DIM SUM
Bagi mereka yang mahukan Dim Sum, memang patut pergi ke restoran ini. Sedap dan pelbagai jenis menu makanan yang kamu boleh dapat.
Seperti namanya, restoran ini terkenal dengan aneka Dim Sum seperti Salted Egg Yolk Bun, Siew Mai dan Crystal Prawn Dumplings. Dengar sahaja pun sudah tahu betapa sedapnya Dim Sum di restoran ini!
Alamat: NU Sentral, LG.43, 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu: Setiap Hari [11am-9pm]
RESTORAN LAMB SHEPHERD
Diasaskan oleh seorang lelaki Cina Muslim dari Tanah Besar China, restoran ini menyediakan makanan asli Xi’an yang sedap dan pedas di wilayah Sichuan.
Di restoran ini, kamu patut mencuba sup ladu dan lamb shepherd yang dimasak dengan kuantiti cili yang banyak. Sesuai sangat untuk mereka yang sukakan masakan pedas.
Alamat: No.8A, Ground Floor, Jalan 4/27F, Off Jalan Genting Klang, Desa Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Waktu: Selasa-Ahad [11:30am-8:30am]
RESTORAN MUHIBBAH SEAFOOD
Nak makan di restoran yang hidangkan makanan laut dan makanan Cina dalam satu masa? Nak nikmati hidangan seperti ini, kamu boleh pergi ke Restoran Muhibbah Seafood.
Di restoran ini, hidangan yang patut terkenal dan patut kamu cuba adalah Butter Coconut Prawns, Baby Kailan with Salted Fish dan Ginger Scallion Beef.
Alamat: Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Setiap Hari [12pm-2pm, 6:30pm-9pm]
RESTORAN CINA MUSLIM AMBER
Kalau kamu mahukan suasana restoran yang santai dan modern, Restoran Cina Muslim Amber ada semuanya. Daripada makanan yang sedap sehinggalah hiasan dalaman yang menenangkan!
Jika kamu mengunjungi restoran ini, kamu patut mencuba Chive Pancake, Sauteed Brocolli with Mushroom, Kung Pao Chicken, atau hidangan khas mereka, kambing panggang.
Alamat: Unit 14, 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Setiap Hari [11:45am-10:30pm]
Tengok sahaja masakan di restoran ini, memang sedap-sedap belaka. Tak rugilah kalau kamu nak mencuba makan makanan Cina di restoran-restoran ini.
Di antara 8 restoran masakan Cina yang halal ini, kamu suka yang mana satu?