Kamu pernah lakukan senaman atau regangan yang ringkas sebelum melakukan hubungan seks dengan pasangan?
Untuk pengetahuan kamu, melakukan senaman yang ringkas boleh meningkatkan dan memperbaiki kehidupan seks antara kamu dan pasangan.
Pada masa yang sama, senaman ini adalah untuk mengelakkan kamu dan pasangan daripada situasi yang kekok. Di mana ia boleh sebabkan kesakitan dan rasa kekejangan dalam jangka masa yang lama.
Sekiranya kamu tak pernah lakukan sebarang senaman sebelum itu, Chelsea Streifeneder iaitu seorang jurulatih pilates telah mengesyorkan kamu untuk cuba lakukan beberapa senaman ringkas ini.
Butterfly
Ketika melakukan senaman ini, kamu boleh rasakan banyak regangan di bahagian dalam kaki.
- Baring di permukaan rata, bengkokkan lutut dan tapak kaki di permukaan lantai.
- Kemudian buka lutut dan jatuhkan ke sisi sambil kamu tempelkan tapak kaki kanan dan kiri.
- Balik ke posisi dan ulang beberapa kali.
(Kalau mahukan lebih regangan, letakkan tangan di sisi semasa membuka lutut dan jatuhkan ke sisi.)
Side Split
Untuk lakukan posisi senaman ini, pastikan kamu tidak bergoyang dari sisi ke sisi atau sebelah kaki jatuh terlebih dahulu berbanding sebelah lagi.
- Baring di permukaan yang rata.
- Angkat kaki ke arah siling dan letakkan tangan kamu dalam keadaan “T” di permukaan lantai.
- Jatuhkan kaki ke sisi secara perlahan-lahan dalam posisi side split.
- Tahan seketika dan kembali ke posisi asal.
Nak rasa lebih regangan, kamu boleh lenturkan kaki ke belakang badan. Jika memerlukan lebih banyak sokongan, kamu boleh gunakan dinding.
Knee Drops
Tujuan senaman ini adalah untuk ‘melepaskan’ bahagian bawah badan daripada tekanan supaya kamu dapat berehat dan tenang ketika melakukan hubungan seks.
- Baring di permukaan rata, bengkokkan lutut dan tapak kaki memijak lantai.
- Tutup mata untuk rehatkan minda dan badan.
- Ayunkan lutut ke kanan dan kembali ke posisi asal.
- Kemudian, ayunkan pula lutut ke kiri dan kembali ke posisi asal.
Standing Toe Touch
Senaman Standing Toe Touch ini membantu kamu meregangkan hamstring dan menenangkan bahagian bawah badan.
- Tolak tangan ke atas dan angkat bahu.
- Kemudian, perlahan-lahankan bengkokkan badan ke depan sehingga capai jari kaki.
- Apabila kamu menyentuh jari kaki, tahan seketika sambil gelengkan kepala dalam keadaan “Ya” dan “Tidak” beberapa kali.
- Tolak badan ke belakang perlahan lahan untuk kembali ke posisi asal.
Sebelum kamu melakukan senaman ini, penting untuk mengetahui beberapa perkara:
- Lakukan senaman ini sekali sehari.
- Tarik nafas dalam-dalam dan tahan sekurang-kurangnya 30 saat (atau lebih jika mampu).
- Jangan memaksa badan jika tidak mahu badan menjadi sakit atau terlampau letih ketika melakukan senaman ini.
Jadikan senaman ini sebahagian daripada rutin harian kamu sebelum berhubungan seks dan lakukannya secara berkala untuk mempertingkatkan lagi kehidupan seks kamu dan pasangan.
Selamat mencuba!