Kamu suka bersenam dan berlari atas alat senaman treadmill?
Kebanyakkan wanita memang gemar berlari atas treadmill ini, hingga tak sedar yang diri sebenarnya sudah berjam-jam berlari atasnya.
Tapi tahu tak gaya senaman seperti itu tidak bagus untuk diri kamu sendiri, mungkin kamu menganggap dengan berlari lama diatas treadmill itu boleh bantu kamu untuk jadi kurus dengan segera tetapi hakikatnya tanggapan seperti itu adalah tidak betul.
Trainer Tak Galak Berlari Lama Atas Treadmill
- Foto – Active
Dipetik dari Ladbible, pelatih gym Sarah Lindsay berkata berlari lama di atas treadmill sebenarnya tidak bagus untuk wanita. Ramai wanita menyangka dengan berlari lama dapat membuatkan diri mereka berat badan menurut dan cepat kurus.
Tetapi hakikatnya, itu bukanlah cara yang betul bagi menurunkan berat badan dengan berlari lama hingga berjam-jam di atas treadmill.
Sebaliknya gaya senaman seperti itu boleh menyebabkan diri kamu mengalami kecederaan tanpa kamu sedar, justeru itu penting untuk kamu lakukan senaman secara bersederhana.
Rangka Pelan Senaman Diri
- Foto – Stockfresh
Untuk turunkan berat badan dengan betul, wanita perlu merangka pelan senaman mengikut kemampuan diri sendiri terlebih dahulu. Dengan merangka pelan senaman yang betul, barulah kamu dapat melihat transformasi diri secara berperingkat.
Fokus Pada Senaman Kardio
- Foto – Pinterest
Menurut pelatih gym Sarah Lindsay, ada mengatakan kunci rahsia untuk wanita berjaya turunkan berat badan dan menjadi kurus adalah memokuskan senaman latihan berat (weight training).
Senaman latihan berat yang sesuai para wanita lakukan adalah senaman kardio, dengan mengamalkan senaman ini mengikut pelan yang telah kamu rangka tidak mustahil untuk diri kamu menjadi kurus.
Kembali Masuk Gym, Hati-Hati Jangan Sampai Cedera
- Foto – Foreo
Semenjak kita semua bebas bergerak dari terkurung di rumah sepanjang pandemik melanda negara setahun lalu, ramai yang telah mula kembali ke gym dengan harapan untuk membakar segala lemak yang terkumpul semasa PKP dulu.
Kembali bersenam di gym boleh tetapi pentingnya kamu lakukan senaman mengikut pelan yang kamu sendiri telah rangkakan, atau mendapatkan pelan senaman dari pelatih gym agar tubuh kamu tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman dan luaran tatkala melakukan senaman di gym.
Oleh itu, pentingnya untuk kamu tahu cara senaman yang betul dan bukannya meluru menghabiskan masa berlari atas treadmill berjam-jam dan akhirnya tiada sebarang hasil positif berlaku pada tubuh.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan untuk kamu.