Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

5 Langkah Wajah Kekal Lembap Guna Produk Wardah Hydra Rose

by IamLisa
April 5, 2021
Foto - Wardah

Foto - Wardah

18
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kulit wajah yang lembap dan sihat tanpa cela, sudah cukup membahagiakan setiap wanita.

Bila kulit kita sihat, kita tak perlu lagi susah payah nak bersolek. Bebas saja keluar dengan rutin penjagaan yang betul.

Hari ini, Wardah, peneraju pasaran jenama kosmetik dan penjagaan kulit halal telah melancarkan rangkaian produk barunya Wardah Hydra Rose di Malaysia untuk menangani masalah kecantikan utama wanita – penghidratan.

Perkenal Wardah Hydra Rose

Dirumus dengan bunga-bunga mawar asli dari rantau Eropah, Wardah Hydra Rose mengandungi ekstrak Avalanche Rose Oil yang digabungkan dengan 72 Hours Hydrating Active menggunakan teknologi mikro-perangkum.

Gabungan kedua-dua ramuan ini dapat melembapkan kulit yang kering serta memberikan penampilan lebih sihat dan bersinar.

View this post on Instagram

A post shared by Official Page Wardah Malaysia (@wardahbeauty_my)

Wardah Hydra Rose dihasilkan khas untuk mereka yang mengalami masalah kulit yang kering dan nyahhidrat akibat kekurangan minum air, bilik berhawa dingin, kekurangan tidur dan pendedahan kepada cahaya matahari.

Wardah Hydra Rose mampu melembapkan sehingga 72 jam, dengan kandungan minyak dan air yang seimbang menjadikan kulit :

  • 97% lebih cerah dan lebih berseri
  • 94% lebih anjal
  • 94% lebih banyak pemakanan dan penghidratan

2 Bahan Tingkatkan Kelembapan

72 Hours Hydrating Active mengandungi komposisi yang serupa dengan Natural Moisturising Factor (NMF) yang dihasilkan oleh kulit dan berfungsi meningkatkan kadar air pada lapisan luar kulit. Hydrating Active turut meningkatkan kadar NMF di dalam kulit.

Foto – Wardah

Ekstrak Avalanche Rose Oil pula berfungsi untuk meningkatkan kelembapan kulit dan memastikan kulit sentiasa lembap tanpa henti selama 72 jam, di samping memperbaikinya.

Hanya 5 Langkah Kulit Terlihat Sihat Berseri

Sangat mudah, anda hanya perlu melakukan lima rutin nescaya kulit terlihat sihat berseri.

Foto – Wardah
  • Wardah Hydra Rose Gel-to-Foam Cleanser yang merupakan pencuci muka yang lembut dan ringan untuk memastikan kulit tidak hilang kelembapannya semasa pencucian.
  • Wardah Hydra Rose Petal Infused Toner mengimbangi pH dan kelembapan kulit.
  • Wardah Hydra Rose Micro Gel Serum mengandungi bijian kecil hidrasi berwarna merah jambu untuk meningkatkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
  • Wardah Hydra Rose Dewy Aqua Day Gel yang diperkayakan dengan asid bio-hyaluronic melapisi permukaan kulit dan memberikan kelembapan kulit sepanjang hari.
  • Wardah Hydra Rose Moisture Rich Night Gel melegakan dan menyuburkan kulit pada waktu malam, dan menyediakannya untuk hari berikutnya.

Qasrina Karim Insan Bertuah Sebagai Wajah Baru Wardah Hydra Rose

Wardah turut memperkenalkan Qasrina Karim sebagai wajah Wardah Hydra Rose. Wanita ini telah mengwan hati rakyat Malaysia dengan perwatakan manis dan gaya santai.

Beliau akan menjadi personaliti pilihan platform media sosial Wardah serta akan membuat penampilan-penampilan awam bagi pihak jenama ini.

Foto – Wardah

Rangkaian Wardah Hydra Rose boleh didapati di cawangan-cawangan Watsons dan Guardian di seluruh negara dan di atas talian di Shopee, Lazada dan Zalora.

Sila ikuti Wardah Malaysia di Instagram dan Facebook untuk info terkini.

Tags: produk wardahrangkaian wardahtips wajah lembapwardahwardah hydra rosewardah signature series
Share7SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Kecantikan

Ahli Dermatologi Kata Jangan Guna Produk Ini Pada Waktu Panas Terik

by Sofie Azizlan
May 25, 2022
0

Pasti di kalangan kita ada yang tidak tahu bahawa beberapa produk skincare sebenarnya tak sesuai dipakai dalam sesetengah keadaan cuaca....

Baca Lagi
Foto - Beauty Crew
Kecantikan

Musim Panas, Apa Kata Kamu Cuba Solekan Reverse Cat Eye

by IamLisa
May 24, 2022
0

Musim panas ini apa kata cuba solekan yang fun dan ceria. Pernah dengar tentang solekan mata 'Reverse Cat Eye'? Solekan...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kecantikan

Bulu Mata Tak Lagi Gugur & Pendek Lepas Guna Eyelash Serum Jenama Ini

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Nak tahu tak kebiasaannya bila wanita nak bulu mata mereka lebat dan lentik, ramai yang akan gunakan eyelash extension atau...

Baca Lagi
Foto - Arkib DIVA
Kecantikan

Kalau Taknak Botak, Jaga Rambut Guna SAFI Shayla Tonik, #DIVAKongsi Caranya!

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Masalah keguguran rambut ini bukan hanya menjadi masalah lelaki saja, malah wanita pun turut alami masalah yang sama. Lebih-lebih lagi...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.