Berita mengenai sebuah kapal kargo MV Ever Given yang tersangkut di Terusan Suez yang menghalang sepanjang laluan perkapalan di Terusan itu menarik perhatian dunia.
Bila mana ratusan kapal dagang yang berada di Terusan tersebut dikandas, kerana kapal kargo Ever Given menghalang laluan di sepanjang laluan Terusan Suez tersebut.
Isyarat Laluan Seperti Bentuk Zakar
- Foto – vesselfinder.com
Dipetik dari Ladbible, berdasarkan penemuan analisis dan data kapal difahamkan sebelum kejadian kapal kargo gergasi ini sangkut di Terusan Suez.
Kapal seluas empat padang bole sepak ini, telah melalui beberapa perjalanan yang mana bentuk laluan tersebut seperti bentuk zakar dan juga bentuk laluan berselirat.
Konspirasi Atau Masalah Teknikal?
- Foto – middle east eye
Menurut jurucakap pihak kapal kargo yang dipetik dari Ladbible, menyatakan bahawa isyarat laluan tersebut adalah benar dan tiada apa yang perlu dimusykilkan dan tiada sebarang konspirasi atau masalah teknikal.
Sebaliknya apa yang berlaku dikaitkan dengan kuasa alam semula jadi yang mana terdapat tiupan angin kencang, lalu menyebabkan kapal beralih posisi hingga tersadai menutup seluruh laluan Terusan Suez.
Ketua Penguasa Terusan Suez Ragu Cuaca Punca Kapal Sangkut
- Foto – hypebeast
Dipetik dari RTM, Ketua Penguasa Terusan Suez, Osama Rabie berkata dirinya meragui dakwaan yang dikeluarkan pihak kapal kargo berkenaan.
Menurut Osama, faktor cuaca bukan punca sebenar sebaliknya ia mungkin berkait dengan masalah teknikal atau kesilapan manusia.
Ever Given Bebas, Ratusan Kapal Dagang Berlayar Seperti Biasa
- Foto – vesseslfinder.com
Dipetik dari Kosmo, kapal kontena sepanjang430 meter ini akhirnya berjaya dibebaskan dan kedudukannya telah dibetulkan mengikut posisi yang betul pada malam isnin lalu (29 Mac 2021) setelah tersadai selama seminggu (23 Mac 2021).
Sejurus kapal kontena gergasi itu berada dalam kedudukan yang betul dan tidak menutup laluan perdagangan, ratusan kapal dagang yang tersadai akhirnya dapat berlayar bagi menghantar produk barangan ke destinasi masing-masing.
Pihak Berkuasa Mesir Mungkin Rampas Kapal Ever Given
- Foto – G Captain
Dipetik dari Kosmo, Lembaga Terusan Suez melancarkan siasatan dan akan memberi penjelasan kepada seluruh dunia setelah mendapat keputusan apatah lagi ini melibatkan isu global dan banyak syarikat terjejas sama.
Pihak berkuasa Mesir akan menyiasat segala data sebelum kejadian berlaku, semasa kejadian sedang berlaku dan selepas kapal ini berjaya dialihkan posisi. Semuanya akan diambil kira dan disiasat secara terperinci, dan ini termasuklah pemeriksaan terhadap kotak hitam kapal.
- Foto – vesselfinder.com
Penasihat pihak berkuasa, Sayed Sheasha berkata pihak berkuasa mereka telah meminta agar pihak kapal Ever Given dapat berikan kotak hitam kapal kontena tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan.
Dan dalam masa mencapai kata sepakat mengenai jumlah pampasan yang dipersetujui, jika pihak kapal menolak penyiasatan yang dilakukan kes tersebut akan dipindahkan menjadi kes sivil dan kapal tersebut akan dirampas.