Tular di TikTok, bila mana YouTuber David Dobrik memuat naik video penyanyi popular Amerika Madison Beer membuka penutup botol minuman keras menggunakan giginya.
Video yang dimuatnaik di akaun TikTok David Dobrik (@daviddobrik) itu, mendapat 14.8 juta tontonan dan aksi tersebut juga menarik perhatian pakar gigi dari Singapura iaitu doktor Tristan Peh.
Madison Tunjuk Bakat Buka Penutup Botol Guna Gigi
@daviddobrik that’s why her last name is beer!! @madisonbeer
Dipetik dari Ladbible, penyanyi tersebut menunjukan bakat terpendamnya dengan membuka penutup botol minuman keras menggunakan gigi.
Aksi yang mengejutkan itu, membuatkan rakannya David Dobrik merasakan aksi tersebut kelihatan cool dan hebat.
Doktor Tristan Larang Golongan Muda Tiru Aksi Penyanyi
@doctortristanpeh #stitch with @DAVID DOBRIK great idea not to use teeth as bottle opener. ❤️ @madisonbeer #bottleopener #bottle #teeth #dentist #beer #dentaltips #fyp
♬ original sound – Doctor Tristan Peh – Dentist – Doctor Tristan Peh – Dentist
Melihat aksi penyanyi seksi Madison Beer membuka penutup botol minuman keras menggunakan gigi, membuatkan doktor Tristan terpanggil untuk menegah orang ramai khususnya golongan muda agar tidak melakukan aksi yang sama seperti penyanyi tersebut.
Banyak Kesan Buruk Boleh Berlaku
- Foto – TikTok Doctor Tristan Peh
Menerusi akaun TikTok doktor Tristan (@doctortristanpeh), banyak kesan buruk boleh berlaku pada gigi, jika melakukan aksi yang sama seperti pelatun lagu “Selfish” ini.
Antara kesan buruk yang boleh berlaku pada gigi adalah:
- Boleh menyebabkan gigi patah
- Boleh menyebabkan gigi retak
- Boleh menyebabkan gigi merekah
Manakala menurut perkongsian di Rocky Ridge Dental pula, menggunakan gigi bagi membuka penutup botol boleh menyebabkan perkara ini kepada gigi:
- Terdapat kerosakan gigi yang tersembunyi
- Boleh menyebabkan berlakunya hal kecemasan gigi
- Boleh menyebabkan dalaman gigi jadi tertekan
Gigi Bukan Alat Pembuka Penutup Botol
- Foto – TikTok David Dobrik
Doktor Tristan menasihatkan orang ramai terutama golongan muda yang terlalu taksub untuk mengikut perkembangan semasa TikTok, agar tidak melakukan aksi sedemikian kerana ianya membawa keburukan pada diri.
Apatah lagi, gigi bukanlah alat untuk membuka penutup botol keras itu jadi jagalah gigi dengan baik.