Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Nak Ulser Mulut Cepat Baik, Doktor Syorkan Guna Ubat-Ubat Ini

by IamLisa
March 30, 2021
Foto - Dental Care

Foto - Dental Care

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ulser mulut boleh menjatuhkan mood seseorang.

Sekali terkena akan menyebabkan rasa tidak selesa, sakit serta kesukaran untuk makan, minum dan bercakap. Ulser bukanlah satu penyakit yang memudaratkan. Bila dirawat dengan betul, ia boleh elok seperti biasa.

Macam Mana Ulser Mulut Boleh Terjadi

Ulser mulut terjadi apabila terdapat luka yang merosakkan keseluruhan permukaan selaput dalam mulut. Biasanya muncul di bibir, gusi, lidah, dalam pipi atau tekak.

Penyebab biasa ulser kerana kecederaan contoh tergigit mulut dengan tidak sengaja, gigi/tampalan yang tajam, gigi palsu dan pendakap gigi yang tidak sempurna.

Foto – Hello Doktor

Ramai mengaitkan ulser mulut dengan dehidrasi akibat tidak cukup minum air. Tapi jika berlarutan dan tidak sembuh, dikhuatiri berkaitan dengan penyakit kronik.

Rawat Ulser Mulut Dengan Cepat

Ulser mulut boleh baik dengan sendirinya dalam masa 1 hingga 2 minggu, tapi ada ubat yang anda boleh beli di farmasi untuk cepat baik.

Menurut Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, anda boleh guna ubat gel/losyen, ubat pes dan ubat kumur.

Ubat Gel/Losyen

Ubat ini mengandungi bahan aktif bersifat anti-keradangan, antiseptik dan analgesik(tahan sakit). Ia adalah pilihan yang amat popular di kalangan para pengguna.

Foto – Twitter

Contoh ubat seperti Muco-Aid, Oral Aid, Bonjela, Gingival Gel.

Ubat Pes

Ubat jenis ini memberi perlindungan dengan membentuk lapisan yang menutupi luka (ulser), dan sesetengahnya mempunyai kualiti anti-radang untuk mengurangkan sakit dan bengkak.

Foto – Twitter

Contoh ubat adalah Keno, Oralon, Difflam Forte.

Ubat Kumur

Ubat ini megandungi antiseptik untuk mengekang jangkitan dan pertumbuhan bakteria dalam mulut. Ia juga memudahkan proses membersihkan mulut ketika kehadiran ulser.

Foto – Twitter

Contoh ubat yang boleh digunakan seperti Oradex, Hexidine, Bactidol Mouthwash.

Anda juga boleh pertimbangkan cara tradisional yang biasa orang kita lakukan. Minum banyak air, kawal stress, tidur secukupnya, berus gigi selepas makan, makan banyak sayur dan buah yang tinggi vitamin.

Semoga tips ini bermanfaat.

RUJUKAN : 1, 2

Tags: cara rawat ulser mulutcontoh ubat ulser mulutjenis ubat ulser mulutsakit ulser mulutubat ulser mulutuser mulut
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest / @anniedeliversmd (TikTok)
Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

by Opie Azizlan
January 4, 2022
0

Ada pakai panty liner? Pakai setiap hari tak? Kalau masih pakai panty liner dan pakai setiap hari, lebih baik hentikannya...

Baca Lagi
Foto - Buy Berocca
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

by IamLisa
January 4, 2022
0

"Kenapa saya minum suplemen Berocca, air kencing jadi kuning?" Jika air kencing kamu bertukar menjadi kuning terang beberapa jam selepas...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

by Opie Azizlan
January 3, 2022
0

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan...

Baca Lagi
Foto - Healthline
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

by IamLisa
January 3, 2022
0

Mesti kamu pernah nampak ada orang amalkan minum susu sebelum tidur. Bukan kanak-kanak sahaja, yang dewasa pun mengamalkan cara ini....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.