Barang viral Kedai Eco yang ramai beli betul ke berkesan?
Ada netizen berkongsi cara dia menggunakan washing machine cleaner untuk membersihkan mesin basuh. Katanya dia merendamkan cucian itu semalaman dan esoknya terkeluar segala keladak pada mesin basuh.
Washing Machine Cleaner Ganso Dari Eco
Harga untuk 1 paket hanya RM2.10. Untuk cubaan kali pertama, diwajarkan guna 2 paket untuk cucian mesin basuh yang betul-betul bersih.
- Foto – shehanzstudio.com
Sebelum nak menggunakan cucian ini, baca arahan di belakang paket terlebih dahulu.
Arahan Menggunakan Washing Machine Cleaner
Jangan gunakan bersama pakaian atau bahan pencuci lain.
- Foto – Facebook
- Masukkan 1 paket (gunakan 2 paket untuk yang kali pertama). Isikan air (gunakan air suam untuk keputusan yang baik) di dalam mesin pembasuh sehingga tahap maksima.
- Biarkan mesin berputar selama 3 hingga 3 minit.
- Untuk hasil cucian terbaik, rendam sekurang-kurangnya selama 5 jam.
- Teruskan dengan melengkapkan 1 kitaran penuh basuhan (basuh-bilas-pusing).
- Ulangi seluruh proses jika air bilasan terakhir masih kotor.
- Gunakan sebulan sekali untuk memastikan hasil cucian sentiasa bersih sempurna serta mesin basuh berfungsi dengan optimum.
Respon Netizen Yang Pernah Guna Cucian Ini
Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen yang pernah menggunakan cucian Ganso ini sangat berpuas hati dengan hasil yang diberikan.
- Foto – Facebook
- Foto – Facebook
Malah, pakaian tidak lagi mengeluarkan bau hapak akibat mesin basuh.
Jadi, selepas ini beli dan cuba sendiri pada mesin basuh. Confirm puas hati dan rasa gembira senang hati setiap kali nak cuci baju.
Selamat Beramal!