Sumpah tak berkelip mata melihat gaya serta fesyen terkini aktor kacak Lee Jong Suk tahun ini, aura bak model Jepun menyelubungi pelakon berbakat dari Korea Selatan ini.
Dipetik dari Allkpop, aktor kacak Lee Jong Suk membuat kemunculan pertama kalinya di pentas Minggu Fesyen Seoul 2021. Penampilan serba baru Jong Suk memberikan aura serta pesona lain dari yang lain, dan membuatkan sesiapa yang memandang lelaki ini seolah-olah di pukau.
Menyerlah Di Pentas Minggu Fesyen Seoul 2021
- Foto – Instagram Lee Jong Suk
Minggu Fesyen Seoul 2021 yang diadakan pada 24 Mac baru-baru ini, membuatkan aktor Jong Suk merupakan model yang paling menyerlah sekali di pentas fesyen ternama waktu itu.
Fesyen yang dibawa Jong Suk tahun ini memberikan elemen segar yang tersendiri, apatah lagi setiap busana yang digayakannya membuatkan aktor kacak ini bersinar di atas pentas minggu fesyen tersebut.
Terpancar Vibe Model Jepun
- Foto – Instagram Lee Jong Suk
Sekilas pandang fesyen serta gaya Jong Suk yang baru ini terpancar vibe ala model Jepun di minda, kombinasi rambut panjang yang ikal beralun dengan sentuhan fesyen tersendiri diadun begitu serasi sekali.
Jong Suk merupakan antara pelakon Korea yang berjaya berikan vibe model Jepun, dalam industri fesyen dan modelling selain aktor So Ji Sub dan aktor Song Seung Heon.
Rambut Panjang Beri Sentuhan Seksi Tersendiri
- Foto – Instagram Lee Jong Suk
Tahun 2021 ini menampilkan sisi Jong Suk yang lain dari biasa dengan rambut ikal panjang beralun, membuatkan pesona aktor kacak ini kelihatan lebih seksi dan punya aura yang tersendiri.
Gaya rambut panjang paras atas tengkuk ini, sememangnya tampak lebih sesuai dengan penggayaan fesyen yang dibawa Jong Suk tahun ini.
Koleksi Fesyen Lee Jong Suk Berambut Panjang Tahun Ini
Siapa yang meminati aktor kacak ini, pasti tahu bahawa pelakon ini baru sahaja menamatkan perkhidmatan ketenteraan pada bulan Januari tahun ini.
Dan kemunculan ini sememangnya dinanti-nantikan peminat setia pelakon hebat ini, apatah lagi penampilan Jong Suk selepas tamat berkhidmat memang tidak mengecewakan jiwa!
Berikut adalah koleksi fesyen Lee Jong Suk yang terkini, dengan rambut ikal panjang yang seksi.
Sut Dan Warna Hitam, Kombinasi Berbisa!
- Foto – Instagram Lee Jong Suk
Jaket Kulit Menyerlahkan Keunikan Diri
- Foto – Instagram A Man Project 2018/Instagram Lee Jong Suk
Kombinasi Jaket Labuh Dan Kain Selempang Checkers
- Foto – Instagram A Man Project 2018
Misteri Itu Pesona Rahsia
- Foto – Instagram Lee Jong Suk
Sweatshirt Serlahkan Vibe Young & Fresh!
- Foto – Instagram Lee Jong Suk
Cair hati melihat penampilan baharu Jong Suk tahun ini, dan pastinya peminat setia Jong Suk berasa tak sabar nak menanti drama terbaru aktor hebat ini. Sama-samalah kita nantikanya nanti.