Untuk lock mekap, memberi glow dan kesegaran di wajah, jangan sesekali tinggalkan setting spray.
Setting spray adalah sejenis semburan yang disemburkan pada keseluruhan muka setelah selesai mekap. Ia bertindak sebagai lapisan perlindungan optimum untuk mengelak mekap jadi comot dan bercapuk akibat terdedah pada faktor sekeliling seperti peluh dan minyak muka sepanjang hari.
Di pasaran terdapat banyak setting spray yang bagus dan berkesan, tapi menurut wanita jenama ini antara favorite mereka.
Urban Decay All Nighter Long Lasting Makeup Setting Spray (BELI)
- Foto – Humble & Rich
Top 5 terbaik untuk mekap setting spray. Pilihan kebanyakan wanita serata dunia. Formula bebas minyak berfungsi dengan baik pada semua jenis kulit. Mempunyai kesan matte dan anti-shine yang semestinya memberi manfaat pada si kulit berminyak.
MAC Prep+Prime Fix+ (BELI)
Selain bekerja sebagai setting spray, boleh juga digunakan sebagai penyegar. Hanya sembur di wajah untuk membantu kulit kelihatan segar dan menambah sedikit penghidratan pada kulit.
- Foto – Lipstiq
Kaya dengan vitamin B5 dan botani seperti chamomile dan timun, Mac Prep+Prime Fix+ juga boleh memulihkan kulit yang letih, sensitif atau rosak akibat daripada masalah pencemaran udara.
NYX Professional Makeup Setting Spray Matte (BELI)
Ringan dan tahan lama, ia meninggalkan kemasan matte yang sempurna – terbaik untuk kulit berminyak. Rumusan sepenuhnya vegan dan bebas dari kekajaman.
- Foto – Hermo
Satu semburan saja mampu mengunci mekap di tempatnya sekaligus menganjalkan kulit dan memerangi kilauan serta merta, dan membantu mengurangkan penampilan pori.
Make Up For Ever Mist & Fix Hydrating Setting Spray (BELI)
Ujian klinikal formula bebas alkohol ini menunjukkan bahawa ia tidak hanya membuat mekap lock di tempat sehingga 12 jam, tetapi juga melembapkan kulit hingga 63% sejurus penggunaan.
- Foto – Guru Makeup Emporium
Selain itu, ia juga mempunyai kompleks pengoksigenan yang memastikan kulit anda kelihatan segar dan bersinar.
Pixi By Petra Makeup Fixing Mist
Setting spray oleh Pixy ini diperkaya dengan bahan-bahan seperti air mawar, teh hijau dan minyak castor, Baunya harum dan menjadikan mekap kelihatan segar dan semula jadi.
- Foto – Pixi Beauty
Berfungsi baik dengan asas cecair dan serbuk. Ia juga lembut pada kulit, jadi jika anda mempunyai kulit bermasalah yang mudah diserang jerawat, this one good for you.
Perlu ke guna setting spray? Seperti kebanyakan produk mekap, penggunaan setting spray adalah pilihan peribadi sendiri.
Ringkasnya, jika anda mahu mekap anda tahan lebih lama dan tetap seperti mula-mula anda pakai, anda harus menggunakannya.