Berapa ramai yang mengelap muka menggunakan tuala sesudah membersih?
Tahukah kamu perbuatan tersebut sebenarnya tidak bagus untuk kulit muka. Sebenarnya, tuala mungkin dipenuhi dengan bakteria, dan jika anda menggunakannya untuk mengelap muka, kemungkinan akan memberi kesan yang tidak baik pada kulit.
Walaupun mengeringkan muka dengan tuala norma biasa, tetapi ia boleh membahayakan lebih daripada kebaikan.
“Bakteria, kulat, sel kulit mati, minyak terkumpul di tuala, boleh menjadi penyebab masalah kulit kerengsaan, jangkitan dan jerawat.”
Ia boleh menaikkan jerawat
Mengeringkan muka anda dengan tuala yang sama yang anda gunakan untuk mengeringkan badan boleh merosakkan kulit.
- Foto – Newscastle
Tuala adalah perangkap bakteria, dan kerana kita biasa menyimpannya di bilik air, di mana udara lembap, ia mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk pembiakan bakteria.
Walaupun anda menggunakan tuala lain untuk muka, anda mungkin tidak mencucinya setiap hari, dan bakteria yang tidak diingini masih boleh merayap ke kulit.
Kulit anda mungkin bertambah tua dengan cepat
Tuala jenis kain terry kemungkinan terlalu kasar, dan menggunakannya boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit, hingga terjadinya jangkitan dan kedutan.
- Foto – Good Housekeeping
Semakin kerap anda mencuci tuala, semakin rapuh kainnya, dan geseran yang dihasilkan bertindak sebagai pengelupasan yang tidak elok untuk kulit.
Nota : Tuala kain terry agak kasar kulit. Menggunakannya boleh menyebabkan geseran kerana kain terry bertindak sebagai pengelupas. Guna dengan kerap boleh mengakibatkan kulit kasar dan menghilangkan minyak semula jadi pada kulit.
Ia boleh merengsakan kulit anda
Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, menggunakan tuala bukanlah pilihan terbaik untuk mengeringkan muka.
- Foto – Self Magazine
Hal ini kerana kebanyakan kain tuala boleh menjadi terlalu kasar pada kulit, mengelap muka dengan tuala boleh mengakibatkan kemerahan dan kerengsaan kulit.
Ia boleh menjadikan kulit anda berminyak
Mungkin terdengat bertentangan, tetapi mengeringkan kulit anda sebenarnya boleh menjadikannya lebih berminyak.
Tuala kasar dapat menghilangkan minyak semula jadi kulit, kalenjar sebum di bawah permukaan kulit harus menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengimbangi kekeringan, yang akan mengakibatkan kulit terlalu berminyak.
- Foto – You Magazine
Sekarang anda harus berfikir dua kali sebelum menggunakan tuala badan untuk muka. Jadi, macam mana caranya nak mengeringkan muka tanpa tuala?
Lupakan tuala dan biarkan udara melakukan tugasannya. Pengeringan udara lebih bersih dan lembut pada kulit, dan walaupun mengambil masa lebih lama daripada biasa, tapi ia bermanfaat untuk kulit anda juga.
Tapi jika mahu menggunakan tuala, pilih jenis kain muslin. Ditenun dengan kapas 100%, kain ini membantu membersih dan menghilangkan mekap tanpa mengganggu penghalang kulit.
- Foto – Black Chicken Remedies
Kalau nak skip tuala terus, lap muka dengan tisu atau kapas. Itu lebih baik dan ramai yang bersetuju.