Best sangat bila rumah dipenuhi dengan cermin, ada yang besar dan ada juga yang kecil!
Bila rumah dipenuhi dengan cermin, ia boleh menampakkan ruangan menjadi lebih besar, cerah dan sangat luas daripada realitinya.
Dan kalau kamu nak tahu, dari segi feng shui cermin merupakan satu penawar kepada tenaga yang negatif dan buruk.
Jadi nak letak cermin, pastikan kamu letak di tempat yang betul untuk tarik tenaga positif. Serta secara tidak langsung ia boleh betulkan reka bentuk dan hiasan yang salah dalam rumah.
Cermin dalam bilik air
Semakin besar cermin, semakin baik dan tenaga positif boleh dirasai.
Tak dinafikan, memang ramai orang memerlukan cermin ketika berada dalam bilik air. Ada yang memerlukan ketika memberus gigi, mencuci muka dan sebagainya.
Meletakkan cermin di bahagian ini boleh membuatkan ruang bilik air menjadi lebih bersih dan segar. Selain itu, pantulan dari cahaya lampu dalam bilik air boleh membuatkan ia menjadi lebih terang.
Cermin di bilik tidur
Kalau boleh dalam bilik tidurlah kamu mahu meletakkan cermin besar atau kecil dengan banyak, betul tak? Tapi sebenarnya tak elok letak cermin dalam bilik terutamanya di bahagian kepala katil.
Ini kerana cermin menyerap tenaga terlalu besar tidak kiralah positif mahupun negatif. Selain itu, letak cermin di kepala katil sangat berbahaya kerana ada risiko untuk jatuh dan terkena kamu.
Cermin di pintu masuk
Meletakkan cermin di pintu masuk utama atau ruang legar merupakan kedudukan feng shui yang sangat baik! Kalau kamu nak tahu, cermin sangat berguna dalam memantulkan lebih banyak cahaya ke dalam rumah.
Tambahan pula, cermin di ruangan ini boleh menjadi ‘tempat terakhir’ untuk memeriksa penampilan kamu sebelum keluar rumah.
Tapi kamu perlu tahu bahawa cermin di ruangan ini tidak boleh diletakkan dengan menghadap pintu masuk kerana kedudukan ini akan ‘menendang’ keluar tenaga positif.
Cermin di ruang makan
Pakar mengatakan meletakkan cermin di ruang makan merupakan salah satu contoh feng shui yang sangat tepat. Ini kerana cermin di ruangan ini akan memantulkan semula makanan di atas meja.
Pada masa yang sama, ia membawa maksud kepada mengundang lebih banyak kekayaan dan kemasyuran. Manakala cermin di ruangan ini perlu diletakkan dengan cahaya lampu yang minimum kerana ia mampu jadikan ruangan ini terang dari kebiasaannya.
Letak cermin secara berhadapan
Percaya atau tidak, letak cermin secara berhadapan boleh menjadikan ruang dalam rumah kelihatan lebih luas dua kali ganda?
Walaupun ia menampakkan ruang dalam rumah luas, tetapi susunan ini sebenarnya tidak elok dan mencabar feng shui.
Meletakkan cermin secara berhadapan boleh hasilkan imej gambar yang dipercayai dapat hasilkan pantulan tenaga aktif dan boleh menukar menjadi tenaga pasif dan buruk.
Bilangan cermin yang banyak di satu dinding
Di satu bahagian dinding, letakkan cermin dengan banyak boleh memberi makna feng shui yang sangat bagus dan elok.
Untuk menyusunnya, kamu tidak boleh letakkan cermin tersebut sehingga menghampiri atap. Tetapi susun cermin di bahagian tengah seolah-olah ia seperti susunan bingkai gambar.
Cermin di bahagian lorong terutamanya di tangga
Jika kamu mempunyai cermin di lorong-lorong dalam rumah, percayalah ianya satu tanda yang baik.
Terutamanya apabila lorong itu mempunyai tangga. Ini kerana tangga sering menghasilkan tenaga yang negatif dan apabila kamu meletak cermin di sini, ia akan memperbaiki dan meneutralkan kembali tenaga tersebut.
Cermin di ruang tamu
Kalau kamu nak tahu, cermin di ruang tamu boleh menjadikan ia ruang yang meriah apabila tetamu datang ke rumah.
Ini kerana menurut feng shui, cermin boleh gandakan jumlah tetamu. Tetapi jaga-jaga kerana ia juga boleh membawa tenaga yang negatif, terpulang kepada tenaga yang bawa oleh tetamu kamu.
Sebelum menggantung atau mendekorasi ruang rumah dengan meletakkan cermin, pastikan kamu tahu ruangan mana yang sesuai dan tidak supaya dapat meminimakan jumlah tenaga negatif dalam rumah menurut feng shui.